Archive for June 6, 2013

Terbaca dari sebuah blog pasal sungai ni. So, nak share pula kat bolg Roms ni coz ceritanya menarik sangat…… 🙂

Adakah anda seorang kaki selam atau skuba? Nah….maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico. Disana terdapat sebuah gua dan jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan yang terapung. Memang mengasyik…saya sendiri tengok gambar dan video dari youtube sungai ni memang hebat!

20130606-232203.jpg

20130606-232243.jpg

Ia mungkin kelihatan seperti sungai,tetapi ia bukan sungai yang sebenar. Ia hanya satu lapisan hidrogen sulfida di bawahnya. Ia kelihatan mengejutkan dan tidak dapat dilupakan apabila anda sampai ke sana dan melihat dengan mata anda sendiri. Dalam perjalanan ke bawah, anda boleh melihat lapisan batu-batu yang menakjubkan yang terbentuk semasa zaman ais terakhir. Sangat mengujakan…hehehehe…..kalau lah ada kat Malaysia… 🙂

20130606-232359.jpg

20130606-232435.jpg

 

Rumah Terbalik, Sabah.

Posted: June 6, 2013 in Jalan2

Errrrmmmmm…tetiba pula terfikir mau buat entry pasal Rumah Terbalik. Antara keunikan yang ada di Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Lokasinya terletak di area Tamparuli betul2 di kawasan laluan yang paling sibuk di Sabah yang menghubungkan bahagian pantai timur Sabah…

Waktu datang melawat ni masa cuti sekolah dan barisan untuk beratur masuk ke dalam sangatlah panjang…so, sempat ambil gambar kat luar ja….masa ni juga saya bertemankan my very best friend mau shoot pic2 di area Rasa Sayang Resort…so, sebelum ke sana sempat singgah sebentar ke rumah terbalik. So, saya share beberapa pic saya di Rumah Terbalik…. 🙂

20130606-223533.jpg

20130606-223640.jpg

20130606-223748.jpg

20130606-223849.jpg

20130606-223936.jpg

20130606-224037.jpg

20130606-210547.jpg

Kongsikan Info dengan rakan-rakan
Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

20130606-211345.jpg

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

20130606-211508.jpg

Capture By Me!

Posted: June 6, 2013 in Foto

Malam ni pula mau share hobi saya beberapa waktu dulu sewaktu aktif menggunakan kamera DSLR. Sekarang ni dah slow skit…waktu mula2 beli memang teruja sangat mau belajar teknik2 fotografi. So, saya nak share beberapa gambar yang diambil oleh saya sendiri….. Enjoy! 🙂

20130606-203822.jpg

Pic ni diambil kat dalam bilik ja menggunakan lampu picit ja….hehehehee….hanya guna camera cannon 1000D ja….time ni baru mau berjinak2 dengan DSLR camera.

20130606-204049.jpg

20130606-204116.jpg

20130606-204152.jpg

My sister jadi mangsa untuk jadi model malam tu….mau tak mau terpaksa juga mengalah…hehehehe….my brother jadi tukang pegang lampu picit…hehehehehe…

20130606-204401.jpg

20130606-204447.jpg

20130606-204531.jpg

20130606-204605.jpg

20130606-204657.jpg

Gambar2 diatas tu kitorang guna model adik my friend….jadi mangsa juga dia malam tu…time ni tengah belajar ngan member teknik2 fotografi menggunakan flash light…hehehehe…..

20130606-224605.jpg

20130606-224708.jpg

My Home Sweet Home Decoration…

Posted: June 6, 2013 in Roms

Hari ni balik awal kat umah coz rasanya hari adalah hari yang paling rilex dan tenang kat opis.

So…ada lah masa mau menulis sesuatu kat Blog Roms ni. Hehehehhee…..di pendekkan cerita just mau share bagaimana saya buat dekorasi rumah jenis apartment yang hanya seluas 750 kaki yang telah saya diami lebih daripada 4 tahun. Kebanyakan idea dekorasi saya perolehi melalui majalah Impiana dan Apartment dan juga Anjung dari keluaran kumpulan Karang Kraf.

image

Yang diatas tu adalah bahagian dinning table…sengaja simpan 3 buah cermin panjang kat sana supaya ruang yang sempit ni nampak luas sedikit coz saya dah simpan kertas dinding yang agak gelap sikit warnanya tapi akan menghasilkan impak dramatik pada waktu malam sewaktu lampu dipasang.

image

Masih lagi pic dimeja makan…untuk ruang nampak lebih luas saya simpan juga cermin yang berukuran 1 kaki setiap satunya dan saya susun seluas 8 x 3 kaki agar ruang ini nampak lebih terbuka dan pantulan cahaya dari tingkap rumah akan memberi sedikit kecerahan pada rumah. Tema pada ruang ni adalah warna2 pastel seperti coklat.

image

image

Di atas adalah ruang tamu iaitu tempat yang saya selalu bersantai2 menonton DVD Korea…hehehhee…masih juga mengekalkan warna2 pastel. Namun pada ruang ini saya langsung tidak menggunakan kertas dinding…semuanya ada hasil tangan saya sendiri menggunakan teknik cat. Memang penat dan banyak kerja dalam teknik ni. Memandangkan ruang adalah sangat terhad maka saya memilih sofa jenis L-Shape untuk memenuhi ruang ini secara optimum.

image

Di atas adalah gambar keseluruhan ruang. Langsir saya sengaja letak tinggi hingga ke paras siling agar dinding rumah nampak lebih tinggi. Konsep minimalis saya terapkan dalam ruang ini.

image

Ini pun antara sudut kegemaran saya yang saya penuhi dengan album2 gambar. Warna coklat dibawah pada dinding adalah kertas dinding dan pada bahagian atas dinding adalah teknik cat. Ringkas sahaja.

image

Ruang dapur agak sempit sedikit. Saya hanya tambahkan built in kabinet berbentuk L-Shape yang saya tempah di Q-Kitchen, Putatan. Harganya juga amat berpatutan. Sekali lagi teknik cat saya gunakan pada ruang atas dinding agar tidak nampak kosong. Kalau ada rezeki mau tambah kabinet atas pula…hehehehe…

Errrmmm…itu saja rasanya pada petang ni. See u on the next post! 🙂

Misteri Ikan Duyung…

Posted: June 6, 2013 in Info

Sebelum lunch tadi my bestfriend sempat juga tontonkan video ikan duyung kat youtube….so, petang ni pula mau berkongsi cerita tentang makhluk ni. Entah betul atau tidak ikut diri masing2… hehehehee… Enjoy! 🙂

Pada Tahun 1493, Christopher Columbus telah belayar mendekati Pulau Haiti di kepulauan Hawai, beserta para awak² kapalnya dan kemudiannya telah melihat tiga makhluk aneh yang muncul di permukaan laut luas berdekatan sebuah gugusan karang.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Mereka amat kehairanan tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk tersebut kerana separuh tubuhnya adalah seperti manusia dan separuh lagi adalah seperti tubuh seekor ikan. Berlainan sekali dengan makhluk² yang pernah mereka jumpai di muka bumi ini. Ketika mereka sedang mencari jawapan daripada rasa kehairanan itu tiba-tiba ketiga-tiga makhluk tersebut menghilang ke dalam lautan luas dan meninggalkan para awak² kapal yang kebingungan.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Pengalaman aneh itu terus membayangi fikiran Columbus sepanjang hidupnya dan telah menjadi perbincangan hangat di mana-mana tempat mereka berkumpul. Malah dalam satu terbitan jurnalnya, pelaut Sepanyol itu (kelahiran Itali) telah menukilkan dalam catatannya bahawa makhluk itu wajahnya benar-benar menyerupai manusia tetapi bermula dari pinggang ke bawah makhluk itu adalah seperti ikan. Nota Columbus itu telah mengundang pelbagai pertanyaan kepada para pembaca. Seterusnya menimbulkan polemik dan perdebatan serius daripada para saintis dan orang awam sehinggakan ia berlarutan selama ratusan tahun.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

“Masakan wujud manusia yang mampu hidup dan tinggal di dalam lautan padahal untuk hidup dalam air makhluk hidup tersebut harus mempunyai insang?” Fikir para penyelidik yang setengah percaya setengah tidak tatkala membaca catatan Columbus berhubungan dengan fenomena misteri itu.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Tulisan berkaitan makhluk misteri tersebut yang ditulis oleh penemu benua Amerika itu hingga ke saat ini terus berkembang. Bahkan selain Columbus, kononnya terdapat juga seorang pelaut Inggeris bernama Henry Hudson yang mengakui pernah bertemu dengan mahkluk aneh sepertimana yang telah ditemui oleh Columbus. Ia mengakui penemuannya dengan makhluk misteri itu adalah pada tahun 1608. Makhluk aneh tersebut telah dijumpai di sebuah gugusan pulau yang sebahagian daratannya sedang diliputi salji. Kisah perjalanannya mengharungi “tujuh samudera” yang di antaranya ke kawasan gugusan pulau-pulau di Siberia, Kutub Utara yang masih lagi asing daripada kesan jejak manusia.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Ditulis di dalam buku “The Adventures” ia menceritakan ketika waktu siang, beliau dan para awak² di dalam kapalnya sedang belayar di lautan Utara Russia. Lalu dengan tiba-tiba melalui teropong seorang pelaut telah terlihat sekujur susuk tubuh yang mencurigakan berada di pinggir pantai sebuah gugusan karang yang sedang diseliputi salji. Digambarkan bentuk makhluk itu pada bahagian atas jasadnya adalah seperti manusia. Lekuk tubuhnya sangat jelas, memiliki rambut panjang terjurai dibalik bahu yang putih. Bahagian tubuh bawahnya yang ada di permukaan pasir pantai pula menyerupai seekor ikan. Setelah makhluk tersebut mendapati terdapat kapal yang sedang mendekati mereka, kawanan makhluk itu pun dengan pantas terus menghilangkan diri di dalam kedinginan laut utara Russia.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Pelbagai teori dan analisa daripada pelbagai belahan bumi telah dikaitkan dengan misteri kewujudan ikan duyung. Namun setelah sekian lama, bukti demi bukti pun mulai tersingkap, sama ada yang berupa mumia, gambar di dinding kuil, bangunan kuno, mahupun bukti berupa patung-patung purba.

Kisah manusia ikan ini nyaris sahaja menjadi seperti kisah UFO atau makhluk purba yang lain seperti, Lochness, ular naga, dan big foot yang telah berkembang tanpa tiada jalan penamat dan terus menjadi bahan berita berdasarkan penemuan dan bukti bukti di tapak penemuan ditambah pula dengan pelbagai bentuk ujian dan kajian yang dilakukan. Maka ada sesetengah para saintis telah menyimpulkan yang pada dasarnya mereka bersepakat bahawa makhluk² aneh tersebut merupakan salah satu daripada spesis makhluk hidup yang pernah wujud di muka bumi ini yang mungkin telahpun pupus pada masa sekarang.

Video pic ni boleh dilihat di http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5YgbzTmQaYM#at=27

Video pic ni boleh dilihat di http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5YgbzTmQaYM#at=27 dan video diakhir nukilan ini.

Hingga kini, kemajuan sains dan teknologi marin di dunia pada dasarnya masih lagi belum mampu untuk mengungkap lebih jauh data-data yang berkaitan dengan kehidupan makhluk air misteri ini. Dengan peralatan dan teknologi canggih yang ada sekarang, para saintis kononnya baru sahaja mampu untuk menyelam hingga ke kedalaman sekitar 4.000 meter sahaja. Para saintis berkata, 70 peratus isi bumi ini adalah air lautan yang sedang dihuni oleh dua trilion spesis biota laut yang kehidupannya masih lagi belum mampu untuk disingkap. Namun apa yang sudah diinvestigasi oleh para pengkaji saat ini hanyalah tidak lebih daripada angka satu peratus sahaja.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak

Di dalam catatan dokumentari antarabangsa lain yang telah dihasilkan oleh seorang veteran Perang Dunia II dan ahli ilmu pengetahuan alam yang berbangsa Yunani bernama Pulini, dalam karya abadinya yang berjudul (terjemahan) “History of Universe” (Sejarah Alam) dikatakan bahawa berdasarkan bukti dan data yang ada sekarang yang diperolehi dari seluruh belahan bumi berkemungkinan kewujudan makhluk setengah ikan tersebut tidak perlu lagi diragui. Ia bahkan mengandaikan dengan pasti bahawa makhluk air yang misteri itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan lagenda benua kota Atlantis yang telah hilang.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak

Seorang pengkaji lain yang bernama Doktor Yelimiya iaitu seorang saintis dari Rusia juga menceritakan bahawa sekumpulan pelajarannya yang terdiri daripada para pengkaji biota laut juga telah menemui suatu makhluk yang aneh. Mereka menceritakan bahawa telah menemui sesusuk tubuh mumia makhluk misteri di sebuah gua pesisir Pantai Laut Hitam yang merupakan sebahagian dari wilayah Rusia Selatan. Khabar penemuan ini telah disebarkan di dalam sebuah jurnal ilmiah. Mereka mendedahkan susuk tubuh makhluk yang ditemui tersebut berbeza daripada penemuan-penemuan mereka sebelumnya di daerah lain.

Makhluk aneh ini tampak benar-benar seperti seorang wanita dan berkulit hitam. Fizikal mumia ini bermula dari ekor hingga ke pinggangnya adalah bersisik seperti ikan dan bentuknya juga adalah sepertimana seekor ikan, sementara dari bahagian tengah tubuhnya dan ke atas pula menyerupai tubuh manusia wanita dengan panjang keseluruhannya 173cm. Daripada ujian carbon yang dilakukan, para ilmuan meyakini usia makhluk tersebut ketika meninggal dunia adalah berusia lebih daripada 100 tahun dan usia mumianya mungkin berumur sekitar 4.000 tahun.

Di Indonesia, terdapat sejenis ikan duyung yang bentuknya seperti ikan lumba-lumba. Hidup berkelompok di perairan Timur Indonesia dari Pulau Bali hingga ke NTT dan Kepulauan Maluku. Ikan ini sangat jinak dan termasuk haiwan yang akan menyusu anaknya dan berada dalam golongan mamalia laut kerana menyusui anaknya yang sepertimana sifat ikan paus yang juga berada dalam kategori haiwan mamalia laut. Uniknya binatang ini adalah apabila tubuhnya terkena tiupan udara maka dari bahagian kelopak matanya akan mengeluarkan air seperti air mata. Air inilah yang mungkinnya sering kali dikatakan dengan nama panggilan air mata duyung untuk diproses menjadi minyak duyung yang mengandungi khasiat dalam perubatan dan kononnya juga dalam ilmu pengasih.

Apabila melihat kepada data yang diberikan di atas, makhluk purba yang bernama ikan duyung yang berupa jasad separuh ikan dan manusia ini mungkin sememangnya pernah wujud dan dipercayai pernah hidup di muka bumi. Berbeza dengan kewujudan ular naga atau makhluk-makhluk misteri lain kerana bukti-bukti fosilnya hingga sekarang masih lagi belum berjaya ditemui. Sementara penyebaran maklumat mengenai kewujudan makhluk “ikan duyung” dan naga di dunia sudahpun bertambah luas. Namun apakah ikan yang separuh tubuhnya seperti manusia cantik ini masih lagi wujud dan hidup bebas di lautan pada masa sekarang? Tentu sahaja masih perlukan banyak masa lagi untuk dibuktikan.

Trend Colour Block Lelaki

Posted: June 6, 2013 in Fesyen
Tags: ,

Nak cerita sikit pasal trend fesyen terkini yang melanda negara kita. Kalau kita tengok banyak pengaruh fesyen2 dari Korea telah meresap masuk dan menjadi ikutan muda-mudi di negara kita. Lelaki juga tidak ketinggalan dalam hal ini walaupun ada sedikit kepayahan dalam memilih fesyen terkini. Namun, ianya tidak menjadi sukar bagi lelaki metro yang bijak dalam berpenampilan bagi melambangkan keperibadian diri, karisma dan aura masing2. Selain gaya urban yang sememangnya global…mau cerita juga pasal gaya atau tren colour blocking yang sangat polupar pada ketika ini dilakangan pencinta fesyen dan pengikut2 perkembangan fesyen dalam negara.

Apa itu Colour Blocking? Errrmmm….senang cakap adalah pilihan warna2 yang kontra yang disuai padan. Dengan kata lain, bukan dalam tona warna yang sama dan tidak bersebelahan dalam susunan warna.

Pola Warna

Hehehehe…sekarang dah tak perlu lagi nak match kaler baju ngan kaler seluar apa? Main tangkap muat ja asal sedap dipandang mata.

Color blocking for men 1

Kalau orang yang tidak peka kepada perkembangan fesyen masa kini pasti keluar dari mulut dorang ” Ehh…tak reti2 ke die ni match2 pakaian die…main pakai jee…” Hehehehe…ubah slang skit… Hehehehe…tapi. apa pun colour blocking hanya kepada mereka2 yang berani. Masalah suai padan dalam berpakaian bagi saya untuk fesyen colour blocking telah selesai. Sejujurnya saya memang suka gila dengan colour blocking ni! So..saya nak share beberapa gambar bertemakan colour blocking untuk lelaki…..Enjoyy! 🙂

Serius aku memang fanatik dengan fesyen kasut macam ni!!!!

Serius aku memang fanatik dengan fesyen kasut macam ni!!!!

Khasiat Pisang

Posted: June 6, 2013 in Menu

image

Pagi ni aku brekpas buah pisang. So nak kongsi sikit tentang khasiat buah pisang yg saya perolehi dari sebuah blog. Selain menjadi kegemaran sebahagian besar atlet, buah pisang juga memiliki khasiat utk kesihatan serta kecantikan. Namun untuk mendapatkan manfaatnya, Anda perlu cermat memilih. Pasalnya hanya pisang yang matang saja yang dapat mengubah gula darah menjadi glukosa smulajadi, serta cepat serap ke dalam peredaran darah. Ciri-ciri pisang yang matang, adalah pisang yang kulitnya berwarna hijau kekuning-kuningan dengan cokelat atau kuning. Semua kandungan dalam pisang matang tersebut, akan memberikan beberapa manfaat kesihatan, terutama bagi:

1. Sumber Tenaga Pisang dapat dicerna dengan mudah, sehingga gula yang terdapat didalamnya akan diubah menjadi sumber tenaga yang baik untuk pembentukan tubuh, kerja otot dan juga sangat bagus untuk menghilangkan lelah.

2. Ibu Hamil Wanita yang tengah hamil dianjurkan untuk mengambil pisang, karana mengandung asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan.Sebuah pisang matang, akan mengandung sekitar 85-100 kalori. Sehingga dengan memakan dua pisang segar, keperluan asam folat yang sekitar 58 mikrogram dapat terpenuhi. Di samping itu pisang akan membantu menjaga kadar gula darah yang dapat mengurangi morning sick, sehingga pisang sangat baik untuk kesihatan ibu hamil.

3. Penderita Anemia Kandungan zat besi yang cukup tinggi pada pisang, dapat menstimulasi produksi hemoglobin dalam darah bagi penderita anemia. Dua buah pisang sehari, sangat baik untuk penderita anemia.

4. Penderita Sakit Maag Sebagai buah yang dapat dikonsumsi langsung, pisang tak membuat iritasi atau kerusakan usus bagi penderita maag. Buah ini sering digunakan untuk melawan penyakit usus, sebab teksturnya lembut.Pisang juga dapat menetralkan kelebihan asam lambung dan melapisi perut sehingga mampu mengurangi iritasi. Bagi yang mengalami penyakit usus atau kolik akibat asam lambung, Anda dapat mengkonsumsinya dengan di campur pada segelas susu cair.

5. Penderita Penyakit Lever Bagi penderita lever, dua buah pisang sehari dengan tambahan satu sendok madu, akan baik untuk menambah nafsu makan dan meningkatkan kuat.

6. Penderita Luka BakarKhusus untuk penderita luka bakar, Anda dapat menggunakan daun pisang sebagai pengobatan. Caranya, kulit yang terbakar dioles dengan campuran abu daun pisang dan minyak kelapa. Campuran ini mampu mendinginkan kulit yang terbakar.

7. Yang Mengalami StressPisang mengandung potasium, yaitu mineral vital yang membantu menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress, metabolisme tubuh akan meningkat drastis sehingga mengurangi kadar potasium tubuh. Dengan pisang, potasium dalam tubuh kadarnya akan seimbang.

8. Penderita StrokeBerdasarkan riset The New England Journal of Medicine, mengkonsumsi pisang setiap hari akan menurunkan resiko kematian akibat stroke hingga 40%.

9. Mengontrol TemperaturDi beberapa negara, pisang dipandang sebagai makanan pendingin yang dapat menurunkan temperatur fisik dan emosional ibu hamil. Di Thailand contohnya, ibu hamil mengkonsumsi pisang untuk memastikan bayi lahir dengan temperatur sejuk.

10. Meningkatkan Kekuatan OtakDi sebuah sekolah Inggris, 200 pelajar mampu menyelesaikan ujian akhir hanya dengan sarapan pisang. Mereka juga kerap mengkonsumsi pisang saat jam istirahat serta makan siang, sebab pisang mampu meningkatkan kekuatan otak.