Uji Lagi IQ Anda!

Posted: June 5, 2013 in Info

 

 

Dibawah ada 4 soalan  1 soalan bonus. Anda harus menyelesaikannya sepantas mungkin. Anda tak boleh mengambil masa untuk menjawab soalan ini. Jawab soalan dengan segera. Mari kita lihat kepintaran anda. Sediakan pen dan kertas untuk menulis jawapan anda!

Anda sudah bersedia……

Jawab sekarang…….

Soalan pertama :
Anda memasuki pertandingan lumba lari. Anda memotong orang yang berada di tempat kedua. Anda sekarang berada di posisi ke berapa sekarang?

 

Soalan ke Dua:

Jika anda memotong orang yang berada di kedudukan yang terakhir, jadi anda berada di posisi mana?

 

Soalan ketiga:

Soalan yang menggunakan kepakaran matematik yang tinggi. Jangan guna kalkulator untuk menjawab soalan ini.

Kira 1000 dan tambah dengan 40. Sekarang tambah 1000 . tambah lagi 30 . dan tambah lagi 1000 . sekarang tambah lagi 20 . tambah lagi 1000 . dan akhir sekali tambah 10. Berapakah jumlahnya?

 

Ok la. Kali ini mungkin anda dapat menjawabnya dengan betul.
Soalan ke empat:

Bapa kepada Liza mempunyai lima anak perempuan. Anak pertama bernama Nana, kedua Nene ,ketiga Nini, ke empat, Nono. Apakah nama anak nya yang ke lima?

 

Sekarang soalan bonus pula.


Soalan bonus : Seorang yang bisu pergi ke kedai ingin membeli sebatang berus gigi. Dia membuat pergerakan macam memberus gigi. Akhirnya dia Berjaya menunjukkan kepada penjual yang dia ingin membeli berus gigi dan Berjaya membeli barang tersebut. Kemudian datang seorang orang buta ke kedai tersebut yang ingin membeli sepasang cermin mata. Bagaiamakah caranya dia ingin menunjukkan yang dia ingin membeli cermin mata tersebut?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JAWAPAN :

Jawapan 1 : Jawapan : jika anda menjawab tempat pertama anda salah, kerana jika anda memotong orang yang ke dua anda sekarang berada di tempatnya iaitu tempat ke dua.

Ok cuba jangan silap lagi kali ini. Sekarang cuba jawab soalan ke dua. Jangan ambil masa yang lama ye.

 

Jawapan 2 : Jawapan : jika anda menjawab kedua dari tempat terakhir maka jawapan anda juga salah. Macamana awak boleh memotong orang yang berada di tempat yang terkahir???

Silap lagi? Tak mengapa lah , kita pergi ke jawapan ketiga

 

Jawapan 3 : Jawapannya : jika anda menjawab 5000, anda salah. Jawapannya 4100. cuba kira dengan kalkulator tengok.

Ok la. Kali ini mungkin anda dapat menjawabnya dengan betul.

 

Jawapan 4 : Jawapan: Anda jawab Nunu? Salah la. Namanya Liza. Cuba baca soalan sekali lagi.

 

Jawapan Soalan Bonus :

Jawapan: dia buka mulut dan cakap je la…. He he

Macamana, adakah anda berjaya menjawab dengan betul kesemua soalan diatas. Kalau ya, anda memang bijak. Kalau x dapat jawab dngan betul kesemuanya pun x mengapa. Saya pun x dapat jugak. ha ha…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s