Uji Personaliti Anda…

Posted: June 5, 2013 in Info
Tags: , ,

Jum kita kenali personaliti anda. Ujian ini hanyalah santai2 saja yang saya copy dari sebuah bloger…. Just nak share dengan anda semua.🙂

Sekiranya diberi peluang untuk berlakon menjadi watak wanita dalam cerita langenda, watak apakah yang anda akan pilih?

a) Cinderella

b) Mulan

c) Alice

d) Ibu tiri Snow White

e) Ikan duyung

Analisis :

A) Cinderella yang jujur dan amanah

Anda seorang yang jujur. Anda mempunyai kecekalan tetapi anda seorang yang tidak pandai berkomunikasi dengan orang lain. Seperti Cinderella, anda membuat semua kerja rumah tanpa merungut tapi curi-curi menangis. Kelebihan anda ialah sanggup bekerja keras. Kelebihan ini banyak membantu dalam kerjaya anda dan membuatkan orang di sekeliling anda, mempercayai anda.

B) Mulan yang mempunyai pandangan sendiri

Anda seorang yang terlalu mempunyai pendapat sendiri sehingga enggan menerima pendapat orang lain. Anda mempunyai kesabaran dan tidak mudah berputus asa. Namun, disebabkan anda selalu ingin menang, makan anda sukar menerima orang lain yang mampu mengatasi anda. Walaupun begitu, anda mempunyai kejayaan yang cemerlang.

C) Alice yang mempunyai daya penilaian yang tinggi

Anda seorang yang mempunyai kebolehan untuk memimpin dan menilai sesuatu perkara. Apa saja masalah yang anda uruskan pasti boleh diselesaikan dengan cepat dan tepat. Namun disebabkan mempunyai kelebihan ini, anda mudah bongkak. Berhati-hati, orang lain tak ingin berkawan dengan anda kerana sikap sombong anda.

D) Ibu tiri Snow White yang muram

Sebenarnya anda memiliki kehidupan yang sangat tenang sebab anda seorang yang matang. Namun, sikap anda agak muram dan anda sering murung dan sedih. Hati anda menjadi tak tenteram seperti watak ini yang cemburu dengan kecantikan Snow White dan ingin menghapuskannya supaya anda boleh menjadi orang yang tercantik. Walaupun anda seorang yang kuat cemburu, anda mempunyai bakat dalam kesenian yang menjadi pujaan ramai.

E) Ikan duyung yang rajin

Anda mempunyai sikap rajin yang semulajadi. Tak kira apa yang anda lakukan, anda akan membuatnya dengan serius dan bertanggungjawab . Tapi anda seorang yang degil seperti ikan duyung yang mengejar percintaan sejati dan mengabaikan nasihat orang sekeliling. Sikap anda yang degil itu adalah kelemahan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s