Misteri Ikan Duyung…

Posted: June 6, 2013 in Info

Sebelum lunch tadi my bestfriend sempat juga tontonkan video ikan duyung kat youtube….so, petang ni pula mau berkongsi cerita tentang makhluk ni. Entah betul atau tidak ikut diri masing2… hehehehee… Enjoy!🙂

Pada Tahun 1493, Christopher Columbus telah belayar mendekati Pulau Haiti di kepulauan Hawai, beserta para awak² kapalnya dan kemudiannya telah melihat tiga makhluk aneh yang muncul di permukaan laut luas berdekatan sebuah gugusan karang.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Mereka amat kehairanan tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk tersebut kerana separuh tubuhnya adalah seperti manusia dan separuh lagi adalah seperti tubuh seekor ikan. Berlainan sekali dengan makhluk² yang pernah mereka jumpai di muka bumi ini. Ketika mereka sedang mencari jawapan daripada rasa kehairanan itu tiba-tiba ketiga-tiga makhluk tersebut menghilang ke dalam lautan luas dan meninggalkan para awak² kapal yang kebingungan.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Pengalaman aneh itu terus membayangi fikiran Columbus sepanjang hidupnya dan telah menjadi perbincangan hangat di mana-mana tempat mereka berkumpul. Malah dalam satu terbitan jurnalnya, pelaut Sepanyol itu (kelahiran Itali) telah menukilkan dalam catatannya bahawa makhluk itu wajahnya benar-benar menyerupai manusia tetapi bermula dari pinggang ke bawah makhluk itu adalah seperti ikan. Nota Columbus itu telah mengundang pelbagai pertanyaan kepada para pembaca. Seterusnya menimbulkan polemik dan perdebatan serius daripada para saintis dan orang awam sehinggakan ia berlarutan selama ratusan tahun.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

“Masakan wujud manusia yang mampu hidup dan tinggal di dalam lautan padahal untuk hidup dalam air makhluk hidup tersebut harus mempunyai insang?” Fikir para penyelidik yang setengah percaya setengah tidak tatkala membaca catatan Columbus berhubungan dengan fenomena misteri itu.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Tulisan berkaitan makhluk misteri tersebut yang ditulis oleh penemu benua Amerika itu hingga ke saat ini terus berkembang. Bahkan selain Columbus, kononnya terdapat juga seorang pelaut Inggeris bernama Henry Hudson yang mengakui pernah bertemu dengan mahkluk aneh sepertimana yang telah ditemui oleh Columbus. Ia mengakui penemuannya dengan makhluk misteri itu adalah pada tahun 1608. Makhluk aneh tersebut telah dijumpai di sebuah gugusan pulau yang sebahagian daratannya sedang diliputi salji. Kisah perjalanannya mengharungi “tujuh samudera” yang di antaranya ke kawasan gugusan pulau-pulau di Siberia, Kutub Utara yang masih lagi asing daripada kesan jejak manusia.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Ditulis di dalam buku “The Adventures” ia menceritakan ketika waktu siang, beliau dan para awak² di dalam kapalnya sedang belayar di lautan Utara Russia. Lalu dengan tiba-tiba melalui teropong seorang pelaut telah terlihat sekujur susuk tubuh yang mencurigakan berada di pinggir pantai sebuah gugusan karang yang sedang diseliputi salji. Digambarkan bentuk makhluk itu pada bahagian atas jasadnya adalah seperti manusia. Lekuk tubuhnya sangat jelas, memiliki rambut panjang terjurai dibalik bahu yang putih. Bahagian tubuh bawahnya yang ada di permukaan pasir pantai pula menyerupai seekor ikan. Setelah makhluk tersebut mendapati terdapat kapal yang sedang mendekati mereka, kawanan makhluk itu pun dengan pantas terus menghilangkan diri di dalam kedinginan laut utara Russia.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak.

Pelbagai teori dan analisa daripada pelbagai belahan bumi telah dikaitkan dengan misteri kewujudan ikan duyung. Namun setelah sekian lama, bukti demi bukti pun mulai tersingkap, sama ada yang berupa mumia, gambar di dinding kuil, bangunan kuno, mahupun bukti berupa patung-patung purba.

Kisah manusia ikan ini nyaris sahaja menjadi seperti kisah UFO atau makhluk purba yang lain seperti, Lochness, ular naga, dan big foot yang telah berkembang tanpa tiada jalan penamat dan terus menjadi bahan berita berdasarkan penemuan dan bukti bukti di tapak penemuan ditambah pula dengan pelbagai bentuk ujian dan kajian yang dilakukan. Maka ada sesetengah para saintis telah menyimpulkan yang pada dasarnya mereka bersepakat bahawa makhluk² aneh tersebut merupakan salah satu daripada spesis makhluk hidup yang pernah wujud di muka bumi ini yang mungkin telahpun pupus pada masa sekarang.

Video pic ni boleh dilihat di http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5YgbzTmQaYM#at=27

Video pic ni boleh dilihat di http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5YgbzTmQaYM#at=27 dan video diakhir nukilan ini.

Hingga kini, kemajuan sains dan teknologi marin di dunia pada dasarnya masih lagi belum mampu untuk mengungkap lebih jauh data-data yang berkaitan dengan kehidupan makhluk air misteri ini. Dengan peralatan dan teknologi canggih yang ada sekarang, para saintis kononnya baru sahaja mampu untuk menyelam hingga ke kedalaman sekitar 4.000 meter sahaja. Para saintis berkata, 70 peratus isi bumi ini adalah air lautan yang sedang dihuni oleh dua trilion spesis biota laut yang kehidupannya masih lagi belum mampu untuk disingkap. Namun apa yang sudah diinvestigasi oleh para pengkaji saat ini hanyalah tidak lebih daripada angka satu peratus sahaja.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak

Di dalam catatan dokumentari antarabangsa lain yang telah dihasilkan oleh seorang veteran Perang Dunia II dan ahli ilmu pengetahuan alam yang berbangsa Yunani bernama Pulini, dalam karya abadinya yang berjudul (terjemahan) “History of Universe” (Sejarah Alam) dikatakan bahawa berdasarkan bukti dan data yang ada sekarang yang diperolehi dari seluruh belahan bumi berkemungkinan kewujudan makhluk setengah ikan tersebut tidak perlu lagi diragui. Ia bahkan mengandaikan dengan pasti bahawa makhluk air yang misteri itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan lagenda benua kota Atlantis yang telah hilang.

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak

Sekadar Gambar Hiasan. Entah Betul Atau Tidak

Seorang pengkaji lain yang bernama Doktor Yelimiya iaitu seorang saintis dari Rusia juga menceritakan bahawa sekumpulan pelajarannya yang terdiri daripada para pengkaji biota laut juga telah menemui suatu makhluk yang aneh. Mereka menceritakan bahawa telah menemui sesusuk tubuh mumia makhluk misteri di sebuah gua pesisir Pantai Laut Hitam yang merupakan sebahagian dari wilayah Rusia Selatan. Khabar penemuan ini telah disebarkan di dalam sebuah jurnal ilmiah. Mereka mendedahkan susuk tubuh makhluk yang ditemui tersebut berbeza daripada penemuan-penemuan mereka sebelumnya di daerah lain.

Makhluk aneh ini tampak benar-benar seperti seorang wanita dan berkulit hitam. Fizikal mumia ini bermula dari ekor hingga ke pinggangnya adalah bersisik seperti ikan dan bentuknya juga adalah sepertimana seekor ikan, sementara dari bahagian tengah tubuhnya dan ke atas pula menyerupai tubuh manusia wanita dengan panjang keseluruhannya 173cm. Daripada ujian carbon yang dilakukan, para ilmuan meyakini usia makhluk tersebut ketika meninggal dunia adalah berusia lebih daripada 100 tahun dan usia mumianya mungkin berumur sekitar 4.000 tahun.

Di Indonesia, terdapat sejenis ikan duyung yang bentuknya seperti ikan lumba-lumba. Hidup berkelompok di perairan Timur Indonesia dari Pulau Bali hingga ke NTT dan Kepulauan Maluku. Ikan ini sangat jinak dan termasuk haiwan yang akan menyusu anaknya dan berada dalam golongan mamalia laut kerana menyusui anaknya yang sepertimana sifat ikan paus yang juga berada dalam kategori haiwan mamalia laut. Uniknya binatang ini adalah apabila tubuhnya terkena tiupan udara maka dari bahagian kelopak matanya akan mengeluarkan air seperti air mata. Air inilah yang mungkinnya sering kali dikatakan dengan nama panggilan air mata duyung untuk diproses menjadi minyak duyung yang mengandungi khasiat dalam perubatan dan kononnya juga dalam ilmu pengasih.

Apabila melihat kepada data yang diberikan di atas, makhluk purba yang bernama ikan duyung yang berupa jasad separuh ikan dan manusia ini mungkin sememangnya pernah wujud dan dipercayai pernah hidup di muka bumi. Berbeza dengan kewujudan ular naga atau makhluk-makhluk misteri lain kerana bukti-bukti fosilnya hingga sekarang masih lagi belum berjaya ditemui. Sementara penyebaran maklumat mengenai kewujudan makhluk “ikan duyung” dan naga di dunia sudahpun bertambah luas. Namun apakah ikan yang separuh tubuhnya seperti manusia cantik ini masih lagi wujud dan hidup bebas di lautan pada masa sekarang? Tentu sahaja masih perlukan banyak masa lagi untuk dibuktikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s