Filipina rancang serah Jamalul?

Posted: June 11, 2013 in Berita

20130611-225320.jpg

Malam ni Blog Roms mau share tentang satu artikel dari Harian Metro yang menarik perhatian saya. sama2 kita kongsi ya….🙂

Filipina rancang serah Jamalul

Manila: Kesultanan Sulu semalam mendedahkan rancangan Istana Malacanang agar Jamalul Kiram III, keluarganya di bandar raya Taguig dan penyokong diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia. Mereka juga bakal berdepan pertuduhan cuba menawan Lahad Datu di Sabah oleh kira-kira 200 anggota Pasukan Keselamatan Diraja kesultanan itu (RSF) Mac lalu.

Bercakap kepada wartawan di kediaman Jamalul Kiram III, jurucakap kesultanan itu, Abraham Idjirani berkata, dia menerima maklumat daripada sumber “yang boleh dipercayai” dalam Malacanang bahawa Presiden Filipina, Benigno Aquino berhasrat untuk menyerahkan Jamalul, keluarga dan penyokongnya kepada Malaysia walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara itu. “Kami mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Malacanang mahu menyerahkan Kiram dan penyokongnya di Taguig kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan Jamalul, Jacel menambah bahawa tindakan Malacanang itu dibuat ekoran penemuan mengejutkan daripada siasatan dilakukan Biro Penyiasatan Nasional (NBI) mengenai pendaratan RSF di Sabah. “NBI pada mulanya berkata, mereka ke Sabah atas inisiatif sendiri. Kemudian NBI menyarankan agar dakwaan difailkan terhadap Jamalul kerana berkonspirasi agar penyokongnya ke Malaysia,” katanya. Jacel turut menyuarakan kemusykilan bagaimana dia, bapanya, saudara-mara, dan penyokong mereka hendak diekstradisi ke Malaysia berdasarkan penemuan NBI yang menyatakan keluarga dan penyokongnya berkonspirasi mencetuskan peperangan dengan Malaysia.

“Jika kamu mahu diekstradisi ke Malaysia kamu perlu melakukan jenayah di negara itu. Tetapi kami membuat tuntutan secara sah dari segi sejarah,” katanya. – Philippine Star

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s