‘Bantal panjang’ bergerak dalam selimut.

Posted: June 12, 2013 in Berita

20130612-103738.jpg
Sekadar Gambar Hiasan.

‘Bantal panjang’ bergerak dalam selimut.

Alor Setar: Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat bulan lalu, ditahan kali kedua awal pagi semalam kerana melakukan kesalahan sama di sebuah bilik sewa di sebuah bangunan di pekan Kuah, Langkawi.

Pasangan itu yang masing-masing berusia 20-an dicekup jam 1.35 pagi, semalam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL).

Ketua Operasi PADAL Rosyadah Ramli berkata, pihaknya yang melakukan operasi di kawasan itu mendapati pintu bilik berkenaan tertutup rapat dan mengesyaki sesuatu mencurigakan.

Beliau berkata, sebaik mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berpakaian lengkap membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pada mulanya kami menyangka hanya perempuan itu berada dalam bilik, tetapi sebaik mendapati ada ‘objek’ yang disangka bantal panjang bergerak dalam selimut menyebabkan kami membukanya dan mendapati seorang lelaki berpakaian lengkap bersembunyi.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya, di sini, semalam.

Rosyadah berkata, berdasarkan rekod, pasangan itu pernah ditahan bulan lalu di lokasi sama dan kes mereka dalam proses perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Langkawi.

Dalam serbuan berasingan, seorang lelaki sempat bersembunyi di dalam almari plastik dalam sebuah bilik di bangunan sama untuk mengelak dari dicekup pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat.

Rosyadah berkata, ketika pemeriksaan, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran penguat kuasa.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, pasangan lingkungan 20-an itu bersekedudukan dan pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s