Bayi Dilarikan Lebih 100KM Dari Rumah.

Posted: June 13, 2013 in Berita
Tags: , , , ,

20130613-150039.jpg
Peniaga gerai menunjukkan lokasi dia menemui bayi di Medan Selera Yong Peng.
Budak dari Muar dilihat menangis bersendirian di Yong Peng

Muar: Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan dilarikan seorang lelaki lebih 100 kilometer dari rumah ibunya di Jalan Bakariah di sini, sebelum ditinggalkan di Medan Selera Yong Peng, kelmarin.
Bayi itu yang dilarikan kira-kira jam 10 pagi, ditemui dalam keadaan selamat pada jam 1.30 tengah hari di hadapan tandas medan selera itu oleh seorang peniaga wanita sebelum menyerahkan kepada polis.
Kami berusaha mengesan ibu bapanya sekitar kawasan ini tetapi tidak berhasil” Peniaga, Isi jawatan disini

Sebelum itu, seorang lelaki yang memandu PROTON Persona pergi ke rumah ibu mangsa sambil membawa kotak, kononnya mahu menghantar ikan yang dipesan bapa mentua wanita itu.

Bagaimanapun, ketika wanita itu menuju ke dapur, suspek menolak suri rumah berkenaan sebelum mengikat tangan dan menutup matanya.

Selepas itu, lelaki terbabit meninggalkan rumah sambil membawa bayi berkenaan.

Kira-kira tiga setengah jam selepas itu, bayi itu yang belum boleh berjalan, ditemui seorang peniaga wanita berusia 49 tahun selepas melihat dia bersendirian di hadapan tandas medan berkenaan.
Sangka ditinggalkan sementara

“Pada mulanya saya tidak mencurigai apa-apa kerana menyangka dia ditinggalkan ibu bapa untuk seketika kerana kebetulan semalam (kelmarin) orang ramai di sini kerana pasar petang.

“Kira-kira jam 2 petang, saya mendapati bayi itu masih berada di tempat sama sambil menangis dengan kuat.

“Kami berusaha mengesan ibu bapanya sekitar kawasan ini tetapi tidak berhasil. Saya bawa dia ke klinik untuk dibersihkan sebelum menghantarnya ke Balai Polis Yong Peng, kira-kira jam 4 petang,” katanya.

Kira-kira jam 7 malam hari yang sama, polis berjaya mengesan keluarga bayi itu dan memanggil mereka untuk mengambilnya.

Difahamkan, bayi itu dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan dan dilaporkan stabil.

Keluarga bayi itu enggan ditemubual ketika dikunjungi wakil media di rumah mereka.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar, mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan semula bayi itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Sumber diperolehi daripada: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayidiculikditemui100kmdarirumah/Article

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s