Imigresen Menyamar Pelanggan Pusat Urut

Posted: June 13, 2013 in Berita
Tags: , , , ,

20130613-145052.jpg
Sebahagian pendatang asing yang ditahan ketika operasi di kawasan Kulim dan Sungai Petani, semalam. – Foto Azhar Ramli

Alor Setar: Penyamaran anggota Jabatan Imigresen negeri sebagai pelanggan di sebuah pusat urut tradisional dan salun kecantikan di sekitar Kulim, kelmarin, membuahkan hasil apabila tujuh wanita warga Thailand ditahan kerana bekerja tanpa permit sah.

Tujuh wanita berusia antara 18 dan 30 tahun itu ditahan di pusat urut di Lembah Impiana dan salun di Bandar Putra.

Turut ditahan dalam serbuan bermula jam 8.30 malam itu ialah pemilik kedua-dua premis berkenaan, masing-masing seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dan wanita tempatan berusia 48 tahun kerana memberi perlindungan kepada wanita itu warga asing terbabit.

Menyelinap masuk

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri, Nar Azaman Ibrahim, berkata pihaknya terpaksa menghantar anggota untuk menyelinap masuk dengan menyamar sebagai pelanggan kerana kedua-dua premis itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) serta berkunci.

“Bagaimanapun, kita tidak mengambil masa lama untuk masuk ke premis sebelum berjaya menahan tujuh wanita warga Thailand itu termasuk majikan masing-masing.

“Hasil pemeriksaan mendapati tujuh wanita warga Thailand itu hanya memiliki pas lawatan sosial dan mereka ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan sosial untuk bekerja,” katanya.
Sementara itu, Nar Azaman berkata, dalam dua lagi serbuan sekitar Sungai Petani, empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.

Dua PATI warga Bangladesh ditahan di rumah tidak bernombor di Jalan Sungai Petani, manakala dua warga Indonesia termasuk seorang wanita ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai Limau, dekat Lunas.

Mereka yang berusia 30-an dipercayai bekerja sebagai buruh binaan dan di kilang beras.

Sumber diperolehi daripada: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Imigresenmenyamarpelangganpusaturut/Article/index_html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s