Lelaki Dail 999 Mengadu Kerana Pelacur Tak Cantik! :-)

Posted: June 17, 2013 in Berita
Tags: , , , ,

pelacur_ilustrasi76

 

Sekadar Gambar Hiasan.

999 is an official emergency telephone number in a number of countries which allows the caller to contact emergency services for urgent assistance.

States using 999 include the United KingdomIrelandPolandSaudi Arabia, the United Arab EmiratesMacauBahrainQatar,BangladeshBotswanaGhanaKenyaHong KongMalaysiaMauritiusSingaporeZimbabweKingdom of Swaziland, andTrinidad and Tobago.

London: Seorang lelaki menghubungi talian 999 untuk mengadu pelacur yang dilanggan tidak secantik seperti didakwa selepas bertemu wanita itu di tempat letak kereta sebuah hotel. 

Pemanggil, yang kemudian diberi amaran kerana membazirkan masa polis, menghubungi pegawai untuk mengadu pekerja seks itu melanggar peraturan ketat menyatakan ‘barangan mesti memuaskan’ daripada segi kualiti.

Namun, pegawai di pusat panggilan di Solihull, Birmingham, membalas dengan memberitahu wanita itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan menjelaskan perbuatan meminta khidmat seks adalah salah di sisi undang-undang.
Rupa sebenar berbeza 

Polis West Midlands mengesahkan dihubungi lelaki terbabit yang berkata dia mahu membuat aduan berdasarkan Akta Penjualan Barangan. Jurucakap pasukan polis, yang menghantar surat amaran kepada lelaki terbabit selepas itu, berkata:

“Panggilan 999 diterima oleh polis kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan petang baru-baru ini daripada lelaki yang mahu mengadu mengenai pekerja seks yang ditemui di tempat letak kereta hotel.

“Pemanggil menuduh wanita itu memberitahunya dirinya yang cantik tetapi kecewa apabila mendapati rupa sebenarnya berbeza menyebabkannya berhasrat membuat laporan kerana melanggar Akta Penjualan Barangan.

“Apabila dia membangkitkan isu itu dengan wanita berkenaan, pelacur itu dikatakan mengambil kunci keretanya, melarikannya dan membaling semula kepadanya yang memaksa dia menghubungi polis.”

Bagaimanapun, pegawai di pusat panggilan di Solihull memberitahu, wanita itu tidak membuat kesalahan dan meminta habuan seks yang salah

– AGENSI (BH)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s