Gadis Dakwa Dilarikan 12 Lelaki Berpakaian Hitam. Ada Kaitan Dengan Kiram?

Posted: June 18, 2013 in Berita
Tags: , , , ,

ne_10.1

 

KOTA KINABALU – Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya.

Berdasarkan laporan, ketika ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah menanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya.

“Mereka mencari Bintor dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di situ,” kata wanita itu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2WWPZW1G9
Hakcipta terpelihara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s