Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap Tujuh Di Sabah!

Posted: June 22, 2013 in Berita, Info
Tags: , , , , , , , ,

20130622-101155.jpg

Sebenarnya cerita ni sudah lama sejak tahun 2012 lagi. Tapi teringin sangat mau share kat Blog Roms ni….coz tengah tengok2 youtube…terjumpa pula video pasal cerita ni. Lagi2 perkara ni berlaku kat sabah…so, nak juga jadikan sebagai entri pagi2 ni….🙂 ketika dahulu kita digemparkan dengan penemuan objek bercahaya putih yang dikatakan bersayap tujuh di Sabah. Penemuan ini dedahkan melalui rakaman tidak sengaja oleh seorang pengembara British yang berada di sana. Penemuan ini juga turut disiarkan oleh Buletin Utama, TV3. Sehingga kini kita tidak mengenal pasti apakah objek tersebut sehingga menggemparkan penduduk setempat terutama di Sabah. Boleh tonton video dibawah.

Menurut Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan kajian terperinci mengenai rakaman objek misteri yang terbang pada kelajuan tinggi di sebuah gua di negeri itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata ini kali pertama objek itu ditemui di Sabah.

Sebelum ini TV3 melaporkan penemuan objek misteri yang seakan mempunyai 7 pasang sayap.

Visual objek itu berjaya dirakamkan menggunakan kamera definasi tinggi, HD oleh seorang pengembara British, Matthew Lazenby, dua minggu lalu di sebuah gua yang lokasinya dirahsiakan.

Rakaman beliau menunjukkan beberapa objek ganjil sepanjang lima sentimeter hingga lima belas sentimeter, yang bergerak pada kelajuan tinggi dan boleh terapung.

Matthew mendakwa objek itu bukan serangga kerana kelawar dalam gua melarikan diri sebaik dihampiri objek berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s