Lelaki Britain tergemuk di dunia!

Posted: July 2, 2013 in Berita, Info
Tags: , , , , , , , , ,

1 (3)

 

Seorang lelaki Britain yang menikmati lapan batang sosej semasa bersarapan pagi, diiktiraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia.

Keith Martin, 42 yang mempunyai berat badan 371.2 kilogram, terpaksa menghabiskan hidupnya di atas katil sejak 10 tahun lalu.

Dengan ketinggian 1.75 meter dan ukuran pinggang 1.83 meter, lelaki itu mengalami kesukaran mendapatkan pakaian yang sesuai buat dirinya.

Selain lapan batang sosej, Martin juga memerlukan empat keping roti untuk sarapan pagi, beberapa keping coklat, kek dan biskut untuk makan tengah hari. Pada sebelah malamnya dia makan dua pinggan penuh makanan panggang atau 16 batang sosej bersama satu beg besar kentang.

Kesukaran bergerak menyebabkan lelaki itu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada 18 pekerja perubatan profesional bagi menjaganya termasuk staf ambulans, penjaga harian dan jururawat.

Lapan pekerja diperlukan untuk memindahkannya ke ambulans bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital yang terletak berdekatan rumahnya di Harlesden, barat laut London.

Kehidupan sehariannya diuruskan lima penjaga yang akan datang ke rumahnya dua kali sehari, sementara empat jururawat akan datang untuk membersihkan badan serta memantau kesihatannya tiga kali seminggu

Kegemukan tersebut turut menyebabkan tekanan kepada jantungnya dan organ dalaman lain. Pakar perubatan berkata, Martin perlu mengurangkan separuh berat badannya supaya dapat menjalani pembedahan khas bagi membantu mengurangkan berat badan.

Lelaki yang mengaku tidak mempunyai kekasih sejak 20 tahun lalu itu mengambil alih ‘takhta’ lelaki paling gemuk di dunia daripada Manual Uribe, 44, dari Mexico yang memiliki berat 571.5 kilogram.

Selepas menjalani diet ketat di bawah pengawasan doktor dan pakar pemakanan, Uribe berjaya menurunkan berat badannya kepada 200 kilogram, namun namanya masih tercatat dalam Guiness Book of Record sebagai lelaki paling berat di dunia.

Martin antara lelaki obes di Britain, muncul dalam program televisyen Big Body Squad, bagi meningkatkan kesedaran mengenai masalah demikian yang memerlukan kos rawatan tinggi setiap tahun.

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s