Seluar Dalam Ini Cegah Bau Kentut?

Posted: July 2, 2013 in Berita, Info
Tags: , , , ,

1 (1)

 

Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau ‘kentut’ terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan  di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa batas..

Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan yang tidak diingini.

“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk menghasilkan seluar dalam deodaran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah cepat menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu.

“Pada mulanya kami terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun amat mengejutkan kami kerana ramai ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari,” tambahnya.

Seluar dalam itu dihasilkan dengan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.

Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus.

Syarikat itu kini berkembang kepada 22 barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang menutup bau ketiak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s