Kerajaan Kaji Pemberian Bonus Hari Raya Kepada Penjawat Awam

Posted: July 18, 2013 in Berita, Info
Tags: , , , , , , , ,

pm perdana putra

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media mengenai pindaan akta berhubung isu mempersendakan bulan ramadan dan penghinaan terhadap kesucian agama Islam ketika di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu -Foto BERNAMA

17 Julai 2013 : PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengkaji permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Nanti kita akan kaji. Masih ada masa lagi,” katanya kepada pemberita dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini, Rabu.

Pada Selas, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berharap kerajaan akan memberikan bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri kepada 1.4 juta penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Omar dilaporkan berkata pemberian bonus itu dapat mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus.

Sumber :http://mstar.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s