Jehan Miskin Kembali Bujang?

Posted: August 5, 2013 in Foto, Hiburan
Tags: , , , , , , , ,

jehan

 

BIARPUN sudah mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu, namun kehidupan pelakon dan pengarah, Jehan Miskin tidak ubah seperti orang bujang.

Menurut Jehan, sejak hari pertama menyambut Ramadan, dia terpaksa menguruskan segala kelengkapan hariannya sendiri memandangkan isterinya, Julie Camelia Rhee tinggal berjauhan dengannya.

jeh

“Setakat ini semuanya berjalan seperti biasa cuma saya agak sedih dan sunyi kerana isteri tidak ada bersama saya buat masa ini. Dia sekarang ada di Jepun kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

“Jadi terpaksalah saya berpuasa sendiri, buka sendiri, macam orang bujang,” katanya sambil tertawa.

Tambah Jehan, kesibukan bekerja sepanjang Ramadan ini sedikit sebanyak mengurangkan kesunyiannya dalam menjalani rutin hariannya secara berseorangan.

“Saya baru selesai menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan, memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi.

“Mujur juga ada kerja, sekurang-kurangnya tidaklah saya berseorangan. Mungkin dalam masa beberapa hari isteri saya akan pulang dan saya memang tidak sabar mahu berpuasa bersamanya,” jelas Jehan.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri pertama arahan Jehan, What If, kini sedang rancak ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di saluran 8TV.

jeh3 jeh4

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s