Lagi ahli perniagaan ditembak!

Posted: August 5, 2013 in Berita
Tags: , , , , , , , , ,

bev

PENAMPANG 4 Ogos – Seorang ahli perniagaan dari Kuching, Sarawak, maut akibat ditembak di hadapan sebuah restoran di Beverly Hills di sini malam tadi, yang dipercayai angkara persaingan perniagaan atau dendam peribadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Tiong Choon Kwong, 44, yang sedang mengusahakan sebuah pusat peranginan di Pulau Dinawan, Papar, maut terkena satu das tembakan di rusuk kanan sejurus keluar dari restoran berkenaan oleh suspek yang disyaki menaiki sebuah kereta.

Mangsa yang rebah di atas jalan dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya dan seorang anggota polis yang kebetulan berada di situ.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pukul 12.10 tengah malam ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth di sini.

“Berdasarkan siasatan awal, sebuah kereta berwarna putih menghampiri mangsa yang sedang menjawab panggilan telefon di luar restoran berkenaan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan dari jarak dekat dengan senjata dipercayai jenis senapang patah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Hamza, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan setakat ini tiada penahanan dibuat pihak polis.

Katanya, berdasarkan siasatan awal pihak polis percaya kes itu berkemungkinan dilakukan lebih daripada seorang suspek dan bermotifkan persaingan perniagaan atau dendam peribadi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130805/je_02/Lagi-ahli-perniagaan-ditembak#ixzz2b4MbWq7U
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s