Pegawai SPRM, tiga rakan ditahan disyaki curi kerbau?

Posted: August 5, 2013 in Berita
Tags: , , , , , , , , , , , , ,

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Polis memberkas seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiga rakannya kerana disyaki terlibat mencuri kerbau dengan cara menembak sebelum melapah haiwan itu di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Beruntung, Hulu Selangor dekat sini kelmarin.

Pegawai berusia 36 tahun berpangkat Penolong Pesuruhjaya di Bahagian Tatatertib SPRM, Putrajaya itu ditahan bersama seorang pekerja kedai perabot dan dua mekanik selepas pemilik kerbau terserempak dengan mereka sedang membakar dan melapah haiwan ternakannya pada pukul 11.30 malam di ladang berkenaan.

Sumber berkata, polis merampas beberapa senjata terdiri daripada selaras senapang jenis Benelli M1, senapang angin Point 2.2 Long Rifle, senapang angin yang sudah diubah suai, sebilah parang, sejumlah peluru, daging seekor kerbau yang telah dilapah serta dua kenderaan.

Beliau berkata, turut dirampas sepucuk pistol 9mm jenis Tanfoglio, buku lesen memiliki senjata api dan sejumlah lagi peluru milik pegawai berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati pegawai SPRM bersama pekerja kedai perabot berusia 16 tahun serta dua mekanik memasuki ladang kelapa sawit milik Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Hulu Selangor itu pada pukul 7 malam, Khamis lalu.

“Mereka kemudian berkhemah dalam ladang tersebut dan pegawai itu sempat balik untuk menyelesaikan tugas rasmi di Puchong sebelum kembali ke tempat kejadian pada pukul 9 malam kelmarin untuk membantu melapah kerbau yang ditembak rakannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber berkata, suspek menembak dua ekor kerbau tetapi hanya seekor rebah manakala seekor lagi melarikan diri ke hutan.

Beliau berkata, aktiviti dilakukan itu terbongkar apabila pemilik kerbau terserempak dengan kereta Proton Saga suspek berdekatan tepi sungai dan melihat dua lelaki sedang membakar sesuatu sebelum menghubungi adiknya meminta bantuan dan membuat laporan polis.

Katanya, ini bukan pertama kali kumpulan itu menjalankan kegiatan memburu kerbau di ladang berkenaan kerana mereka pernah dua kali menembak haiwan tersebut sebelum ini dan hasilnya dibahagikan kepada keluarga dan rakan untuk dimakan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130805/je_05/Pegawai-SPRM-tiga-rakan-ditahan-disyaki-curi-kerbau#ixzz2b4JHRdXi
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s