meteor
Hujan meteor di ruang angkasa Malaysia pada malam tarikh 12 dan 13 Ogos 2013
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran meteor Perseid dari  buruj Perseus pada malam 12 dan 13 Ogos iaitu malam tadi dan malam ini demikian menurut laporan yang disiarkan oleh media.

meteor10
Berhubung laporan itu, fenomena yang dikenali sebagai pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam Isnin sehingga subuh pada Selasa

Mengenai perkara tersebut, Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi

Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya

Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar

Turut dimaklumkan waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam

Tips untuk menyaksikan fenomena ini dengan lebih jelas

  • Jauhi daripada bandar
  • Jauhkan diri dari Pencemaran cahaya yang tinggi di bandar
  • Pandang ke arah timur laut dan pandang separuh ke atas langit

Video laporan NASA tentang meteor Perseids

Video “Live Streaming” Hujan Meteor 2013

 

My Sumber – http://www.mysumber.com/berita/hujan-meteor-di-malaysia-malam-12-dan-13-ogos-2013#ixzz2boBmv8EH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s