Padah Pil Kuda!

Posted: September 5, 2013 in Roms
Tags: , , , , ,

Zamri digantung 2 tahun, ujian makmal India sahkan sampel B turut positif

Kelana Jaya: Pemain simpanan Kelantan, Zamri Ramli yang digantung dua tahun selepas didapati positif ujian doping ketika aksi final Piala FA 29 Jun lalu tidak boleh berdolak dalik untuk menutup kesalahan apabila dia disahkan menggunakan pil kuda.

Pengesahan jenis dadah ‘methamphetamine’ yang digunakan pemain itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Abdul Razak, semalam selepas ujian Sampel B yang dijalankan di makmal di India didapati turut positif.

Perkembangan terkini sekali gus mengesahkan laporan BH Sukan bertarikh 25 Ogos lalu yang mendedahkan Zamri yang berusia 23 tahun menggunakan pil kuda walaupun sebelum itu menafikan dengan mendakwa kononnya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan dan tidak menyangka ia mengandungi ‘dadah terlarang’ sebelum perlawanan itu.

“Daripada laporan ujian Sampel A dan B yang dijalankan di makmal doping di India, sah dadah yang digunakan adalah jenis ‘methamphetamine’.

“Barang larangan diambil itu jelas dilarang oleh FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan WADA (Agensi Anti-Doping Antarabangsa). Selepas mengambil kira aspek umur dan latar belakang, jawatankuasa berpuas hati untuk mengenakan hukuman gantung dua tahun,” kata Taufek.

Peluang kedua
Bagaimanapun, Zamri yang dikenakan hukuman gantung dua tahun mendapat peluang kedua apabila jawatankuasa itu menangguhkan sementara hukuman bagi membolehkannya mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FAM.

Taufek berkata pihaknya akan mengeluarkan surat kepada pemain berkenaan dalam tempoh 14 hari dan di dalamnya akan dinyatakan tempoh untuk dia mengemukakan rayuan.

“FAM memandang serius kes ini bagi mengelak kejadian sama menular kepada pemain lain. Berhubung jumlah hukuman yang mungkin akan dikurangkan bergantung kepada Jawatankuasa Rayuan FAM,” katanya.

Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata KAFA menerima keputusan itu tetapi akan membuat rayuan.

Sumber : http://www.bharian.com.my/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s