Model Wanita Jadi ‘Lelaki’ Demi Kekalkan Kerjaya

Posted: October 23, 2013 in Berita, Hiburan
Tags: , , , , , ,

Elliott-Sailors-550x366

 

DEMI mengekalkan kerjayanya dalam industri peragaan yang penuh dengan persaingan kini, seorang model wanita, Elliott Sailors, 31, mengambil langkah berani dengan menjadi ‘model lelaki’.

Dia yang sudah berkahwin bertindak memotong rambut panjangnya dan membalut dadanya dengan ketat untuk menggayakan pakaian lelaki.

Sailors berkata, kebanyakan model tidak dapat meneruskan kerjaya mereka kerana kebanjiran model wanita baru dalam industri.

“Lelaki tidak perlu kelihatan terlalu muda, jadi saya mempunyai masa yang banyak,” katanya.

Jika sebelum ini Sailors sering merungut kerana mempunyai tulang rahang yang tegap, dahi luas dan kening besar, dia kini merasa bertuah kerana ia menjadi pakej untuk dia beralih ke bidang peragaan lelaki.

Dia juga merasa bertuah kerana suaminya, Adam Santos-Coy, menyokong karier ‘barunya’ itu, namun pada masa yang sama mereka kerap kali dianggap pasangan ‘homoseksual’ oleh orang sekeliling yang keliru dengan penampilannya – Mynewshub.my
Read more: http://berita-harian.net/hiburan/model-wanita-jadi-lelaki-demi-kekalkan-kerjaya/#ixzz2iVk4YjPE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s