Archive for December 24, 2013

10 Gambar Paling Mahal Yang Pernah Di Jual

Bagi orang biasa, gambar tangkapan dari kamera mungkin bernilai tidak lebih dari sekadar satu imej sahaja, tetapi bagi mereka yang tahu apa itu erti fotografi, gambar-gambar yang kelihatan biasa pada pandangan kita mungkin bernilai lebih jutaan ringgit..Terdapat pelbagai aspek yang boleh membuatkan sesuatu gambar dijual pada harga yang mahal seperti sejarah, objek, nilai eksklusif dan banyak lagi..Jadi, tidak hairanlah jika gambar-gambar seperti di bawah ini boleh mencecah harga hingga jutaan ringgit..

10. Tobolsk Kremlin (2009) – US$ 1,750,000

Kremlin of Tobolsk adalah gambar yang diambil oleh Presiden Rusia sendiri. Gambar cetakan hitam dan putih Tobolsk Kremlin terjual pada nilai US$ 1.7 juta pada lelongan amal pada Januari 2010.

9. Billy The Kid (1880) Tintype Portrait – US$ 2,300,000

Gambar Billy ini terjual dalam sebuah lelongan pada harga sebanyak US$ 2.3 juta pada bulan Jun 2011, dari Brian Lebel’s Old West Show and Auction. 130 tahun yang lalu, legenda penjenayah Billy the Kid telah membuat gambarnya di Fort Sumner, New Mexico, dalam gaya yang kini dianggap sebagai gambar yang paling dikenali di Amerika Barat. Gambar tersebut merupakan satu-satunya gambar asli Billy the Kid yang wujud pada hari ini.

8. Untitled #153 (1985) – US$ 2,700,000

“Untitled # 153,” merupakan sekeping gambar yang diambil pada tahun 1985 oleh Cindy Sherman, dan terjual sebanyak US$ 2.7 juta pada November 2010, di Phillips de Pury & Co di New York, satu rekod lelongan untuk artis berkenaan.

7. The Pond-Moonlight (1904) – US$ 2,928,000

The Pond-Moonlight adalah gambar pictorialist oleh Edward Steichen. Gambar ini telah dibuat pada tahun 1904 di Mamaroneck, New York. Gambar ini mempunyai kolam di dalam hutan, dengan bahagian bulan yang terdapat di kaki langit di jurang dalam antara pokok-pokok. Ia telah terjual lebih daripada US$ 2.9 juta di Sotheby, New York pada Februari 2006.

6. Los Angeles, by Andreas Gursky (1998) – US$ 2,900,000

Los Angeles merupakan gambar yang diambil oleh Andreas Gursky. Ia merupakan hasil karya ketiga yang mendapat nilai lelongan tertinggi iaitu sebanyak US$ 2.9 juta untuk gambar panorama lampu di Los Angeles. Ia telah dijual di Sotheby, London pada bulan Februari.

5. 99 Cent II Diptychon (2001) – US$ 3,346, 456

Karya seni 99 Cent II Diptychon dari tahun 2001 adalah gambar bahagian dua yang dibuat oleh Andreas Gursky kemungkinan pada tahun 1999. Karya ini kadang kala turut digelar “99 Cent 1999”. Cetakan kedua 99 Cent II Diptychon ini telah terjual pada harga US$ 2.48 Juta pada bulan November 2006 di sebuah galeri di New York, manakala karya ketiga terjual pada harag US$ 2.25 juta di Sotheby pada Mei 2006.

4. Dead Troops Talk (1992) – US$ 3,666,500

Gambar ini merupakan permandangan selepas serangan hendap kumpulan peronda Tentera Merah berhampiran Moqor, Afghanistan pada musim sejuk 1986. Imej berkenaan yang diberi nama Dead Troops Talk menggambarkan mayat-mayat yang berlumuran darah dan dikerat oleh Tentera Merah Rusia yang kelihatan sedang berbual-bual di tepi bukit berbatu. Ia terjual pada harga US$ 3,666,500 di Christie pada Mei 2012.

3. For Her Majesty (1973) – US$ 3,765,276

For Her Majesty merupakan hasil karya Gilbert & George (1973). Ia terjual pada harga US$ 3.7 juta.

2. Untitled #96 (1981) – US$ 3, 890,500

Cetakan ketujuh Untitled #96 yang diambil oleh jurugambar, Cindy Sherman telah terjual pada harga US$ 3.88 juta di Christie pada Mei 2012.

1. Rhein II (1999) – US$ 4,338,500

Hasil karya yang digelar “Rhein II” ini telah diambil oleh Andreas Gursky dan terjual pada harga US$ 4.3 juta di Christie, menjadikannya gambar fotografi paling mahal pernah dijual.

Advertisements

Gambar Yang Menjadi Terkenal Di Seluruh Dunia

Lazimnya, untuk sesebuah gambar untuk menjadi terkenal dalam dunia Internet, ia mestilah mempunyai maksud dan memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang melihatnya..Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar yang telah menjadi terkenal di seluruh dunia..Kalau nak tahu apa maksud dan makna yang dibawa oleh gambar tersebut, meh usha kat bawah ni..

1. Gadis Afghanistan (1984)

Gambar gadis Afghanistan ini telah diambil oleh seorang jurugambar National Geographic, Steve McCurry. Gadis yang bernama Sharbat Gula, merupakan salah satu daripada pelajar-pelajar di sekolah formal di dalam kem pelarian; dan McCurry yang ketika itu jarang diberi peluang untuk mengambil gambar wanita Afghanistan telah mengambil peluang dan menangkap gambar beliau. Dia berumur kira-kira 12 tahun pada masa itu. Gambar dia kemudiannya dijadikan kulit hadapan majalah National Geographic setahun selepas gambarnya diambil dan dia ditemui semula pada tahun 1992.

2. Omayra Sánchez (1985)

Omayra Sánchez merupakan salah seorang daripada 25,000 mangsa letusan gunung berapi Nevado del Ruiz (Colombia) yang meletus pada 14 November 1985. Budak berusia 13 tahun itu telah terperangkap di dalam air dan konkrit selama 3 hari. Gambar itu diambil tidak lama sebelum beliau meninggal dunia dan ia menimbulkan kontroversi kerana kerja-kerja jurugambar dan kegiatan kerajaan Colombia di tengah-tengah tragedi itu, apabila ia telah diterbitkan di seluruh dunia selepas kematian gadis tersebut.

3. Potret Winston Churchill (1941)

Gambar ini telah diambil oleh Yousuf Karsh, seorang jurugambar Kanada, apabila Winston Churchill berkunjung ke Ottawa. Potret gambar Churchill ini telah menjadikan Karsh terkenal di persada antarabangsa. Ia didakwa menjadi potret fotografi yang paling banyak dikeluarkan semula dalam sejarah. Ia juga pernah menjadi kulit muka depan majalah Life.

4. Nasib Pelarian Perang Kosovo (1999)

Gambar ini adalah sebahagian daripada gambar yang  memenangi hadiah Pulitzer dalam majlis The Washington Post (2000) di mana ia menunjukkan bagaimana kanak-kanak pelarian Kosovo, Agim Shala, berusia 2 tahun, melepasi pagar kawat berduri ke tangan datuk dan neneknya di sebuah kem yang dikendalikan oleh United Arab Emirates di Kukes, Albania . Ahli-ahli keluarga Shala telah bersatu semula di sini selepas melarikan diri daripada konflik di Kosovo.

5. Kanak-Kanak Merangkak Ke Kem Pelarian Demi Sesuap Makanan (1995)

Gambar yang memenangi anugerah Pulitzer ini telah diambil pada tahun 1994 semasa kejadian “Kebuluran Sudan”. Gambar yang menunjukkan kanak-kanak kurus kering yang sedang merangkak ke arah kem makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak satu kilometer dari situ. Burung hering turut berada di sisi kanak-kanak berkenaan di mana ia sedang menunggu untuk kanak-kanak tersebut mati sebelum dijadikan makanan. Gambar ini telah mengejutkan seluruh dunia. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada kanak-kanak berkenaan, termasuk jurugambar Kevin Carter yang meninggalkan tempat itu sebaik sahaja gambar itu diambil. Tiga bulan kemudian, dia membunuh diri kerana masalah kemurungan.

6. Tempat Minum Air Yang Terasing (1950)

Gambar tempat minum air yang terasing akibat perbezaan warna kulit ini telah diambil di North Carolina.

7. Sami Membakar Diri (1963)

Pada 11 Jun 1963, Thich Quang Duc, seorang sami Buddha dari Vietnam telah membakar dirinya sampai mati di persimpangan jalan yang sibuk di pusat bandar Saigon untuk membawa perhatian kepada dasar-dasar yang menindas rejim Diem Katolik yang dikawal kerajaan Vietnam Selatan pada masa itu. Sami-sami Buddha meminta rejim untuk memansuhkan larangan untuk mengibarkan bendera Buddha tradisional bagi memberikan Buddha hak yang sama seperti agama Kristian Katolik, menghentikan sebarang penahanan mereka yang beragama Buddha dan untuk memberi sami-sami Buddha dan biarawati hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama mereka. Walaupun sedang terbakar, Thich Quang Duc tidak mengerakkan walau seinci pun tubuh badan beliau.

8. Bliss (2000)

“Bliss” merupakan nama kepada sebuah gambar landskap di Napa County, California yang terletak di timur Sonoma Valley. Ia mengandungi bukit-bukau berwarna hijau dan langit biru dengan awan stratocumulus dan sirus. Imej ini kemudiannya digunakan sebagai ‘wallpaper‘ komputer untuk  tema “Luna” dalam Windows XP. Gambar itu telah diambil oleh jurugambar profesional, Charles O’Rear, seorang penduduk St Helena di Napa County, untuk syarikat reka bentuk digital, HighTurn. O’Rear juga telah mengambil gambar-gambar Napa Valley untuk artikel nya untuk majalah National Geographic keluaran Mei 1979. Gambar ini dikatakan telah mencecah harga setinggi US$200 juta sepanjang pengiklanan Windows XP.

9. Kebakaran The Triangle Shirtwaist (1911)

Gambar ini menunjukkan susunan mayat di perkarangan Syarikat Triangle Shirtwaist. Peraturan syarikat tersebut telah mengarahkan agar pintu kilang sentiasa ditutup dan dikunci agar para pekerja (wanita  yangkebanyakannya pendatang) tidak boleh meninggalkan kilang tersebut atau mencuri. Apabila kebakaran berlaku, ia telah menyebabkan tragedi di mana 146 orang meninggal dunia pada hari itu.

Setiap gambar pasti ada ceritanya yang tersendiri! Tapi…bilang Yuna…setiap gambar ada lagunya….hehehehe….

Corinth Canal – Terusan Paling Sempit Di Dunia

Rata-rata keseluruhannya, orang ramai hanya pernah mendengar perihal kehebatan Terusan Suez yang terletak di antara Mesir dan Semenanjung Sinai..Selain dari Terusan Suez, terdapat satu lagi terusan yang terletak di Greece yang tidak kurang hebat dan sempitnya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Corinth Canal yang terletak di Greece merupakan tarikan seni bina yang sangat popular. Ia menghubungkan Teluk Corinth dengan Teluk Saronic di Laut Aegean. Terusan ini diukir dan dikorek secara terus ke dalam batu. Ia mempunyai kepanjangan sehingga mencecah 4 batu panjang dan hanya 70 kaki lebar pada pangkalannya. Ini menghadkan banyak kapal moden dari menyeberangi terusan ini. Disebabkan kesempitan itu, terusan ini tidak digunakan secara kerap, tetapi ia adalah sebuah tempat yang sangat baik untuk para pelancong melawat. Dinding curam dengan air yang jernih menjadi satu daya tarikan yang besar bagi setiap lapisan masyarakat yang berkunjung ke situ.