Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Posted: September 8, 2016 in Info, Roms
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Lama rasanya tidak membuat coretan di Blog Roms ni since 2013 lagi ekoran kesibukkan kerja seharian. Tapi hari ni tetiba pula rasa nak kongsi sesuatu buat pelawat2 di Blog Roms ni. Pernah dengar EKSA tak? Buat mereka yang tercari2 info2 berkaitan EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam…disini saya nak kongsi sedikit berkaitan EKSA buat mereka yang tercari2 info ini.

Pada tahun 2014 dipejabat tempat saya bekerja telah mula diperkenalkan dengan Amalan EKSA ini. Kita beralih daripada Amalan 5S kepada EKSA yang dikelolakan oleh MAMPU. So, pada tahun 2014 ini kami telah mula beralih kepada pelaksaaan EKSA dan pada bulan November 2015 kami telah mendapat pensijilan EKSA Kategori CEMERLANG. So, disini saya kongi apa itu EKSA.

hbgc_20151022182439

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU ( Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusa Malaysia) dan ia merupakan penjanamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam serta bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya melahirkan idea dan kreativiti dan inovasi.

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:-

  • imej korporat
  • Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green
  • Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders
  • Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan
  • Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi /agensi kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi kepelbagaian agensi kerajaan pada masa ini. Jestreu itu, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan kongsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik eleman 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

 

PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

  • EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor AWAM iaitu penjenamaan semula Pelaksanaan Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam.
  • Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti, secara sistematik dan praktikal.
  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
  • EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9000, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.

EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.

Dalam usaha pembudayaan dan pengekalan persekitaran berkualiti dan kondusif jabatan melaksanakan aktiviti seperti Sisih, Susun Sapu, seragam dan sentiasa amal dengan pelaksanaan aktiviti gotong-royong secara berkala.

SISIH

  1. Memberikan tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang- barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
  1. Aktiviti SISIH secara berkesan dapat dilakukan dengan:

Kaedah Tag Merah:

  • Menentukan jenis barang/peralatan/rekod yang hendak dilupuskan.
  • Melekat/melabel Tag Merah ke atas barang/peralatan/rekod yang telah dikenal pasti.
  • Mewujudkan kawasan Tag Merah dengan menetapkan kawasan pengumpulan barang/peralatan/rekod yang tidak diperlukan lagi dan seterusnya melaksanakan pelupusan.
  • Mencatatkan barang/peralatan/rekod yang telah dilabelkan dengan Tag Merah.

Kaedah Tag Kuning:

  • Menentukan jenis barang/peralatan/rekod yang hendak dinilai.
  • Melekat/Melabel Tag Kuning ke atas barang/peralatan/rekod yang telah dikenal pasti.
  • Membuat penilaian dengan mengambil tindakan terhadap barang yang dilabel Tag Kuning. Tarikh pelupusan perlu ditetapkan untuk penentuan sama ada pelupusan atau penyimpanan.
  • Catat dan rekod barang/peralatan/rekod yang telah dilabelkan dengan Tag Kuning.

Kejayaan pelaksanaan SISIH boleh diukur dengan:

  • Persekitaran kerja lebih selesa
  • Penggunaan ruang secara cekap
  • Masa mencari lebih pantas

 

SUSUN

  • Prinsip SUSUN : “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.
  • Kaedah penyusunan : kemas, berkesan dan selamat

Barang yang diperlukan di SUSUN mengikut keperluan penggunaan.

Berikut adalah panduan aktiviti SUSUN secara berkesan:

  • Gunakan kaedah First-In-First-Out (FIFO).
  • Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada barang/Peralatan/rekod.
  • Menyimpan barang/peralatan/rekod mengikut kategori.
  • Memastikan barang disusun dengan sebaik mungkin supaya mudah dicapai.

KAEDAH PENYUSUNAN:

  1. A) Barang/peralatan/rekod yang aktif digunakan:
  • Situasi semasa bekerja – fail aktif dan dalam tindakan sahaja berada di atas meja kerja.
  • Situasi selepas waktu kerja – fail disusun/disimpan semula ke tempat asal dengan mengikut kaedah susunan dan tatacara pengurusan fail.
  • Alat tulis hendaklah sentiasa berada di dalam laci meja kerja dengan keadaan kemas dan teratur.

 

Bahan-bahan rujukan semasa yang diperlukan sahaja berada di atas meja.

  1. B) Barang/peralatan/rekod yang jarang digunakan:
  • Barang/peralatan/rekod yang jarang digunakan termasuk fail separa aktif perlu disimpan mengikut prosedur pengurusan dengan kemas dan teratur bagi memudahkan capaian.
  1. C) Barang/peralatan/rekod yang tidak digunakan:
  • Barang/peralatan/rekod termasuk fail tutup hendaklah mengikut tatacara pengurusan barang/ peralatan/rekod.

Bagi pesanan tempatan hendaklah mengikut tatacara perolehan/penyimpanan.

Kejayaan pelaksanaan SUSUN boleh diukur melalui ujian pencarian barang dalam tempoh yang ditetapkan ( tidak lebih 30 saat).

RUMUSAN KAEDAH PENYUSUNAN BERKESAN

  • Uruskan stok barang/alat tulis mengikut kaedah “First-In-First-Out (FIFO)”.
  • Barang/peralatan/dokumen disediakan tempat khas dan dilabelkan.
  • Barang/peralatan/dokumen hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan mudah dikesan.
  • Barang/peralatan/dokumen diletakkan di tempat yang mudah diambil dan disimpan semula.
  • Barang/peralatan/dokumen hendaklah boleh dicapai (retrieve) sebaik-baiknya dalam masa 30 saat.
  • Alatan eksklusif seperti kamera video, alat perakam diasingkan daripada alatan biasa.
  • Sediakan parkir (parking) untuk ruang mesin/peralatan yang mudah alih seperti mesin fotostat, mesin pencetak, mesin faksimili, mesin penjilid dan sebagainya.

 

SAPU

  1. SAPU adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan. SAPU juga memberi penekanan kepada penjagaan kebersihan bagi memastikan tempat kerja yang selesa dan selamat untuk peningkatan kualiti kerja dan perkhidmatan.
  2. Pembersihan atau SAPU perlu dilakukan setiap hari bagi memastikan ruang kerja sentiasa kemas dan bersih.
  3. Langkah-langkah yang berikut perlu dijadikan panduan untuk melaksanakan SAPU secara berkesan:
  1. Mengagihkan Tugasan Pembersihan
  2. Kebersihan di tempat kerja adalah menjadi tanggungjawab bersama.

3. Pembahagian kawasan jagaan hendaklah dijelaskan dengan:

  • Mengenalpasti ruang/peralatan/mesin yang perlu diwujudkan hak milik (ownership).
  • Mengadakan jadual giliran harian pembersihan kawasan yang telah ditentukan.
  1. Menentukan hak milik (ownership) ruang/peralatan bagi setiap ahli.

iii. Mewujudkan kaedah pembersihan yang akan digunakan dengan:

  • Menentukan perkara/aspek yang perlu dibersihkan.
  • Mengenalpasti peralatan dan bahan pembersihan yang bersesuaian.
  • Menentukan kekerapan dan masa aktiviti pembersihan.
  • Mewujudkan piawaian kerja pembersihan.

 

*Sekiranya Jabatan/Agensi tidak melaksanakan aktiviti pembersihan atau aktiviti pembersihan diswastakan, semua ruang kerja dan peralatan seperti dinyatakan di atas hendaklah dipastikan bersih.

  1. Menyediakan peralatan dan bahan-bahan untuk kerja pembersihan. Alatan/bahan keperluan kerja pembersihan hendaklah disediakan dan disusun supaya mudah disimpan dan diambil apabila diperlukan.
  1.       Melaksanakan kerja pembersihan Kerja pembersihan boleh dilaksana melalui:
  • Mengenalpasti ruang dan peralatan yang perlu dibersihkan termasuk ruang atau bahagian yang tersorok seperti di belakang almari ataupun di atas rak yang tinggi.
  • Melaksanakan aktiviti pembersihan dan pemeriksaan terhadap semua peralatan, lantai, dinding dan siling.
  • Memastikan peralatan dalam keadaan bersih, baik dan berfungsi.
  • Merekodkan dan melaporkan segala kerosakan peralatan untuk tindakan penyelenggaraan.

 

  1. Kejayaan pelaksanaan Amalan SAPU boleh diukur melalui:
  • Produk dan hasil kerja yang berkualiti.
  • Persekitaran kerja yang selesa dan selamat.
  • Keadaan persekitaran lebih bersih.
  • Kos penyelenggaraan lebih rendah.

 

SERAGAM

  1. SERAGAM bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannya. Aktiviti EKSA diperingkat ini dapat dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur dan piawai.
  1. Berikut ialah panduan untuk melaksanakan keseragaman secara cekap:

Mewujudkan senarai semak tugasan dengan teknik 5W1H.

  1. Who – Siapa yang bertanggungjawab.
  2. Why – Mengapa perlu dilaksanakan.
  3. When – Bila perlu dilakukan.
  4. Where – Di mana perlu dilaksanakan.
  5. What – Apa tindakan yang perlu diambil.
  6. How – Bagaimana aktiviti dijalankan dan diseragamkan.

Mewujudkan senarai semak peraturan inventori.

Mengadakan prosedur kerja pembersihan.

Mengadakan jadual penyelenggaraan.

Mewujudkan model/aktiviti susun atur yang SERAGAM.

  1. Kejayaan pelaksanaan SERAGAM diukur melalui:
  • Mempunyai piawaian ruang tempat kerja yang lebih baik.
  • Mempunyai impak visual yang positif.
  • Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP).

 

SENTIASA AMAL

  1. SENTIASA AMAL ialah usaha pengekalan di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di premis Jabatan/Agensi.
  1. SENTIASA AMAL memerlukan komitmen dan penyertaan berterusan seluruh warga kerja serta disiplin diri bagi memastikan persekitaran berkualiti dan kondusif dapat dilaksanakan secara berkesan dan cekap.

3. Berikut ialah panduan untuk mengekalkan EKSA:

  • Mengadakan program pelaksanaan Pengiktirafan EKSA seperti Zon terbaik, Bilik terbaik, Sudut terbaik, Pengurusan Dokumentasi EKSA terbaik, Tandas terbaik, Hasil Kreativiti terbaik, Anugerah Go Green terbaik dan sebagainya.
  • Meneruskan program kesedaran tentang kepentingan EKSA dengan mengadakan latihan yang berterusan.
  • Memastikan audit dalaman EKSA dilaksanakan secara berkala.
  • Memastikan aktiviti promosi berterusan.
  • Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga Jabatan/Agensi.
  • Mewujudkan sistem pemantauan yang efektif dan sistematik.

 

  1. Kejayaan pelaksanaan SENTIASA AMAL ini boleh diukur melalui:
  • Prestasi cemerlang berterusan melalui aktiviti audit dalaman EKSA Jabatan/Agensi.
  • Warga Jabatan/Agensi sentiasa kelihatan ceria dan bersemangat melaksana EKSA di samping mematuhi peraturan di tempat kerja.
  • Wujudnya disiplin dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Jabatan/Agensi.
  • Warga mempunyai daya usaha untuk sentiasa mengamal dan menambahbaik EKSA di tempat kerja.
  • Peningkatan kecekapan dan keberkesanan proses kerja.
  • Penyertaan dan kejayaan dalam konvensyen, pertandingan dan anugerah berkaitan EKSA.

 

KUNCI KEJAYAAN  UTAMA  PELAKSANAAN  EKSA

  • Sokongan dan Komitmen Pengurusan Atasan
  • Perkongsian EKSA
  • Pelan Pelaksanaan EKSA
  • Wujudnya Struktur Pengurusan EKSA
  • Projek Perintis EKSA
  • Latihan EKSA kepada Warga Jabatan/ Agensi
  • Wujudnya Komunikasi Yang Berkesan

 

PELAKSANAAN EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan pendekatan pengurusan yang mantap merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana EKSA dengan terma rujukan yang jelas.
  2. Menentukan pelan tindakan bagi pelaksanaan EKSA
  3. Mewujudkan sektor/zon kerja EKSA.
  4. Mengadakan program-program latihan berkaitan EKSA
  5. Memantau keberkesanan pelaksanaan EKSA secara berterusan.

6.Mengkaji semula dan menentukan langkah-langkah penambahbaikan secara        berterusan.

Tahap pelaksanaan EKSA perlu dilaporkan secara berkala kepada pengurusan atasan JPJ Sabah melalui mekanisme yang sedia ada.

 

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN EKSA

LANGKAH 1: PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA

Objektif pembentukan Jawatankuasa Pelaksana EKSA ialah untuk meningkatkan penyertaan semua peringkat warga Jabatan/Agensi dalam melaksanakan EKSA di samping bagi mewujudkan budaya penambahbaikan berterusan serta semangat kerja berkumpulan warga Jabatan/Agensi ke arah mencapai prestasi dan budaya kerja yang cemerlang.

Struktur Pelaksanaan EKSA:

  • Tanggungjawab Jawatankuasa Pelaksana EKSA hendaklah menyeluruh dan setiap ahli Jawatankuasa dan ahli hendaklah menjalankan peranan masing-masing.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan EKSA dijalankan sebaiknya.
  • Peranan Jawatankuasa Pelaksana EKSA Jabatan/ Agensi dan Jawatankuasa Pelaksana EKSA di peringkat Bahagian/Zon perlu dijelaskan bagi melancarkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab

 

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

            PENGERUSI EKSA

  1. Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan.
  2. Melantik Fasilitator, Penyelaras, Sekretariat, Ketua Jawatankuasa Pemandu (Audit/Promosi/Latihan/Pengekalan) dan Ketua Zon.
  3. Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan.
  4. Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan EKSA.
  5. Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA.
  6. Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA.
  7. Mengawal dan menilai kemajuan perlaksanaan dengan bantuan Jawatankuasa Pemandu (Audit, Latihan, Promosi, Pengekalan)

 

            PENYELARAS EKSA

  1. Menyelaraskan program EKSA (5S).
  2. Menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA (5S).
  3. Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA (5S).
  4. Menyimpan rekod utama dan minit berkaitan pelaksanaan EKSA (5S).
  5. Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan, audit dan pengekalan serta memastikan keseragaman terhadap pelaksanaan EKSA (5S).
  6. Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA (5S) dalam organisasi.

 

            FASILITATOR

  1. Sebagai tempat rujukan amalan EKSA di JPJ Sandakan.
  2. Membantu jawatankuasa Promosi, latihan, audit dan pengekalan dalam aspek teknikal implementasi amalan EKSA di JPJ Sandakan.
  3. Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan yang disediakan.

 

            SETIAUSAHA

  1. Menjadi pencatit minit bagi mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA.
  2. Menyimpan dan menguruskan rekod utama serta minit berkaitan EKSA.
  3. Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA dalam mesyuarat.
  4. Menyelaraskan program EKSA.

 

            PENOLONG SETIAUSAHA

  1. Menjadi pencatit minit bagi mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA.
  2. Menyimpan dan menguruskan rekod utama serta minit berkaitan EKSA.
  3. Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA dalam mesyuarat.
  4. Menyelaraskan program EKSA.

           

          BENDAHARI

  1. Pemegang amanah untuk kutipan wang.
  2. Melaporkan kemajuan dan status perbelanjaan serta keperluan perbelanjaan EKSA.

 

            JAWATANKUASA PROMOSI

  1. Mewar-warkan aktiviti EKSA menggunakan media cetak, emel, t-shirt, badge dan sebagainya.
  2. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA bagi memupuk pemahaman mengenai konsep dan amalan EKSA kepada semua kakitangan.
  3. Memastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran amalan EKSA kepada semua warga kerja.
  4. Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi dan mempraktikkan pembudayaan amalan EKSA yang telah dilaksanakan.
  5. Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga kerja kepada Jawatankuasa Induk.
  6. Menetapkan sistem penghargaan/ pengiktirafan dan ganjaran kepada semua warga kerja.
  7. Menghebahkan maklumat terkini aktiviti-aktiviti EKSA kepada semua kakitangan.
  8. Menganjurkan gotong-royong
  9. Bertanggungjawab kepada SUDUT EKSA
  10. Mewujudkan rangsangan amalan EKSA seperti mengadakan pertandingan dengan hadiah,piala pusingan dan sebagainya.

 

 

                        JAWATANKUASA LATIHAN

  1. Menyediakan Pelan Latihan bagi memupuk pemahaman mengenai konsep EKSA kepada semua warga.
  2. Mengenalpasti latihan yang diperlukan dari masa ke masa bagi mengukuh aktiviti EKSA serta amalan peningkatan kualiti yang lain.
  3. Menganjurkan program Taklimat, Latihan dan Lawatan.
  4. Memastikan setiap warga diberi peluang untuk menghadiri latihan.
  5. Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga kepada Jawatankuasa Induk.
  6. Memastikan semua kakitangan memahami KONSEP EKSA

 

            JAWATANKUASA AUDIT

  1. Melaksanakan Audit EKSA secara beretika dan professional.

 

  1. Menjalankan AUDIT LUAR.
  2. Memastikan hasil kerja juruaudit EKSA dilaksanakan mengikut standard yang telah ditetapkan
  3. Menyediakan kriteria audit dalaman EKSA.
  4. Menyemak criteria audit dalaman EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
  5. Menyediakan laporan kelemahan dan analisis keputusan selepas audit dalaman EKSA.
  6. Menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA.
  7. Mempamerkan keputusan.

 

            JAWATANKUASA PENGEKALAN

  1. Memastikan Amalan EKSA berterusan dengan menggunakan Kaedah PEMANTAUAN BERJADUAL
  2. Membuat “Guideline Amalan EKSA”.
  3. Memastikan fail aktiviti dikemaskini.

 

            KETUA ZON

  1. Memberi maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada Jawatankuasa Pelaksana EKSA secara berkala.
  2. Merancang aktiviti kumpulan dan merangkakannya dalam Carta Gantt Zon, selaras dengan Carta Gantt induk.
  3. Mengadakan mesyuarat pada setiap bulan dengan ahli-ahli kumpulan.
  4. Memastikan ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu (Latihan / Promosi/ Audit) EKSA Peringkat Zon yang dilantik menyertai dan membantu aktiviti Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA (Latihan, Promosi, Audit dan Pengekalan) peringkat zon secara berjadual
  5. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa EKSA Peringkat Zon.
  6. Bertindak selaku Penyelaras EKSA Peringkat Zon yang telah ditetapkan.
  7. Mewajibkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan aktiviti EKSA.
  8. Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada warga zon

 

            AHLI KUMPULAN

  1. Memberi komitmen secara berterusan.
  2. Menyertai aktiviti EKSA secara aktif.
  3. Bekerjasama dalam kumpulan.
  4. Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea bagi menjayakan pelaksanaan amalan EKSA.

 

Disini saya kongsi sedikit gambar2 pejabat yan telah di EKSA kan…  :-)

hbgc_2015102218143420151022_170230

20151010_155137_001

hbgc_20151022183022

hbgc_20151022175748

selfie-wefie-eksa

img-20151012-wa0040

hbgc_20151022180438

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s