Archive for the ‘Berita’ Category

Gambar Salji Turun Di Vietnam 15 Disember 2013

Gambar salji turun di Vietnam pada 15 Disember 2013. Fenomena salji jatuh di utara Vietnam terutamanya di pergunungan Sapa bukanlah perkara pelik kerana salji pernah dilaporkan turun beberapa kali pada setiap tahun iaitu pada 19 Disember 2011 dan 13 Disember 2012. Terkini pada ahad 15 Disember 2013, salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa, wilayah Lao Cai dan Ha Giang. Untuk info, hanya kawasan utara Vietnam terutamanya pergunungan Sapa mengalami salji untuk hampir setiap tahun pada bulan Disember. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.

salji

Gambar Salji Turun Di Pergunungan Sapa Utara Vietnam 15 Disember 2013

saji 9 salji trun 3 salji turun 2 salji turun salji vietnam

sapa 2 sapa

Sumber: Gambar Salji Turun Di Vietnam 15 Disember 2013 | melvister.com

Advertisements

Kemalangan ni berlaku pagi kelmarin (17 Dis 2013) di laluan jalan inobong penampang atau laluan ke jalan belakang ke Lok Kawi. Kemalangan ni telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas waktu pagi dan kesesakan paling teruk pada sebelah petang ekoran kerja2 menaikkan lori yang terbenam ke dalam sungai. Di katakan lori terjatuh dengan melanggar pagar jambatan dan terus terjunam ke dalam sungai. Di katakan juga pemandu tidak pandai berenang dan telah menemui ajal…

image

image

image

Sumber gambar diperolehi daripada rakan FB.

Apabila Model Playboy Bertudung

Apabila Model Playboy Bertudung | WALAUPUN bukan beragama Islam, seorang model seksi, Felicia Yeap yang pernah menghiasi majalah lelaki ‘FHM’ dan Playboy kini tampil berhijab penuh dan menutup keseluruhan auratnya persis wanita Muslim yang lain.
Sebelum ini kehidupannya penuh bergelumang dengan dunia glamor, memenuhi tuntutan kerjanya sebagai seorang model.
Cakap apa yang sahaja yang tidak pernah diperagakannya, bikini, tampil separuh bogel, semuanya pernah.
Namun, kesedarannya untuk menutup tubuh badannya dengan pakaian yang longgar serta tidak mendedahkan mendapat tumpuan umum.
Antara sebab dan alasan yang diberikannya ialah, dengan menutup aurat dia merasakan maruah dirinya lebih tinggi jika dibandingkan ketika zaman ‘jahilliyah’nya dulu.
Di bawah ini penulis kongsikan gambar-gambar dua zaman berbeza Felicia buat tatapan pembaca semua.
FELICIA3
FELICIA4
FELICIA5
FELICIA2
FELICIA1
FELICIA

Read more: http://www.ceritaapakah.com/2013/12/apabila-model-playboy-bertudung.html#ixzz2n2Ai61Mh

Gambar Mayat Paul Walker Hangus Terbakar Didedahkan


Gambar Mayat Paul Walker Hangus Terbakar Didedahkan | Kemalangan yang meragut nyawa pelakon Paul Walker pada Ahad lalu masih lagi menjadi topik panas di perbualkan di media-media sosial sehingga hari ini.

Ini kerana kereta jenis Porshe Carrera GT baru yang dinaiki oleh aktor filem Fast and Furious itu bukan setakat melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan malah turut hancur meletup.

Daripada hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pihak polis, satu lakaran mayat Paul Walker yang hangus terbakar berjaya dihasilkan.

Lakaran tersebut telah didedahkan oleh portal Showbizspy pada Jumaat, 6 Disember 2013, Berikut adalah gambar lakaran yang dikatakan Mayat Paul Walker yang hangus terbakar

Read more: http://www.ceritaapakah.com/2013/12/gambar-mayat-paul-walker-hangus.html#ixzz2n276x9ou

Papan Iklan Paling Menarik Di Dunia | Mengikut pandangan peribadi admin setelah dikaji dan diteliti gambar-gambar dibawah merupakan papan iklan yang paling menarik dan sememangnya boleh menarik minat pembaca untuk membaca apa yang tertulis di papan iklan tersebut.

 

Papan Iklan Paling Menarik Di Dunia |
Papan Iklan Paling Menarik Di Dunia |
Papan Iklan Paling Menarik Di Dunia |

 

Papan Iklan Paling Menarik Di Dunia |

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read more: http://www.ceritaapakah.com/2013/09/papan-iklan-paling-menarik-di-dunia.html#ixzz2n26OPs1y

SAYA TIDAK PERCAYA MEREKA DISOROKKAN MAKHLUK HALUS DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)

 

Sumber daripada : http://www.mazidulakmal.com/2013/11/saya-tidak-percaya-mereka-disorokkan.html

Jika ingin menghasilkan laporan lebih tepat, molek jika wartawan atau pelapor media sosial berada di lokasi, bukan hanya sekadar meraih maklumat tidak sahih melalui laman sosial.

Saya tiba di Johor Bahru, Johor kira-kira pada jam 7 malam semalam dan bertemu  wartawan, Zulhazri Abu Bakar. Dalam perjalanan untuk makan malam di Restoran Banafe, kami melihat orang ramai masih berkumpul di luar Villa Nabila.
Mereka berhimpun di lokasi itu berikutan dakwaan kononnya 23 remaja dilaporkan hilang di Villa terbabit sejak malam Ahad lalu. Berita itu disensasikan oleh beberapa laman web, termasuk blog kumpulan paranormal, BUKAN Penyingkap Fakta.
Saya dan Zulhazri berpegang kepada prinsip sama. Berita BERKREDIBILITI itu wajib disahkan oleh pihak berkuasa, dalam kes ini polis. Maklumat disiarkan di blog ini dalam entri terdahulu disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Abd.Samad Salleh, bukan berbentuk hearsay, khabar angin.
Sewaktu bertemu beberapa kenalan di ibu negeri Johor itu, Zulhazri menerima panggilan daripada sumber awam.
“Jom, remaja hilang itu telah dijumpai di Flat Desa Mutiara (Johor Bahru), ” ajak sahabat saya.
Lalu kami bergegas ke balai terdekat dengan kawasan penempatan itu, Balai Polis Bandar Dato’ Onn.
Saya dan Zulhazri berdiri di luar balai dan merakamkan gambar dua remaja tidak kami ketahui identiti mereka.
Kami percaya, kenyataan Izzat sedang dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat di dalam pejabat di bahagian belakang balai.
“Selepas ini mereka mungkin akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Central,” bisik Zulhazri.
Maklumat disalurkan oleh orang awam mengatakan,  Izzat dan 2 rakannya dibawa ke balai ini dari flat. Jadi tidak tersasar sewaktu kami menjangkakan, dua remaja terbabit, kenalan Izzat. Pada jam 2.33 pagi, tiga remaja terbabit dibawa keluar menggunakan laluan belakang balai. Sebagai wartawan, kami tidak berniat untuk merakamkan kenyataan Pegawai Penyiasat atau pegawai lain di situ kerana difahamkan sidang akhar akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini.
Tanpa berlengah kami kemudian bergerak ke IPD Central dan menunggu kenderaan sama memasuki kawasan terbabit.
Lama kami berdua duduk di atas simen lalu pejalan kaki di depan IPD itu.
Namun dimaklumkan, 3 remaja terbabit masih belum tiba kerana berada di Larkin.
“Cawangan Narkotik sekarang di sana, dulu di sini,” ujar Zulhazri.
Tiba-tiba saya telihat kelibat pasangan lelaki dan wanita sedang duduk di kerusi di dalam balai.
Sebaik dia memandag ke arah saya, hati tergerak untuk memanggilnya keluar dari balai itu. Saya dan Zulhazri berjabat tangan dengannya. Mujur dia mengenali saya dan berasa amat selesa berbual.
Abu Hashim Mohd Zain, 48 tahun, berasal dari Sik, Kedah tetapi menetap di Taman Ehsan Jaya.
“Saya tengah menunggu anak perempuan saya. Empat orang polis datang ke rumah dan memaklumkan berita, anak saya, 15 tahun, dijumpai di Flat Desa Mutiara sekali dengan Izzat dan rakan seorang lagi itu. Sebelum itu ibu Izzat menghubungi saya dan meminta saya membuat laporan polis. Namun saya memaklumkan dia, sejak pagi Sabtu lalu, saya kerap berhubung dengan rakan anak perempuan tunggal saya itu menggunakan nombor telefon bimbit dia. Pagi tadipun saya masih berhubung lagi. Jam 9.30 malam tadi saya memang hendak membuat laporan polis,” ujar pemandu lori itu.
Zulhazri pantas merakamkan kenyataannya untuk disiarkan di berita TV9, In Sha Allah, pada tengahari ini.
“Apabila anak encik Hashim hilang dan berlaku kekecohan kononnya 23 remaja tidak ditemui di Villa Nabila, adakah encik percaya dia disembunyikan oleh makhluk halus?,” soal saya.

“Mereka pergi beramai-ramai. Saya juga telah pergi ke Villa Nabila semalam. Memang tidak ada apapun di sana. Musykil juga kalau pergi ramai, mustahil seorang sahaja hilang. Jadi saya memang tidak percaya, tidak yakin langsung dia disembunyikan oleh makhluk halus. Bukan hendak bercakap besar tidak, tetapi kalau melihatkan keadaan di dalam Villa Nabila, In Sha Allah, saya berani tidur seorang diri di situ. Malang, bila berita kononnya 23 remaja hilang di villa itu disebarkan di internet, suasana menjadi kelam-kabut sekaligus menyusahkan banyak pihak. Jadi nasihat saya, berhentilah menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial,” balasnya yakin.
“Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik. Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan barangkali termasuk anak encik sekali. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai,” kata saya.
Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.
“Apapun, kita tunggu sahaja perincian lebih tepat akan disahkan oleh pihak polis akan dikongsikan bersama semua media cetak dan elektronik,” sampuk Zulhazri.
Akhrinya kami difahamkan, anak perempuan Abu Hashim, teman wanita Izzat.
Kira-kira jam 3.48 pagi, kenderaan membawa 3 remaja terbabit dipandu laju, masuk ke IPD Central.

 

Villa Nabilla

Jum…kita tengok dulu mcm mana keadaan dalam Villa Nabila ni….

ok..nak share tentang cerita villa nabila ni yang hangat dikatakan sejak beberapa hari ni berikutan orang hilang yang tidak dijumpai….hanya beberapa orang saja yang berjaya  keluar dari villa tu…so nak cerita skit tntg haunted banglo kat strait view (dpn danga bay)sbnarnya bnyk version cite ni..so x thula mne 1 yg btul @ yg palsu. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya.aku pon jdi pelik kenapa tempat tu jadik famous sangat dengan cerita misteri.
Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie.Menurut cerita apa yang aku tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yang orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada  yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.
Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak.Tpi blom smpat lgi nk terjah ksana.
Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila.
Memang aku perasan di kawasan perumahan elit itu terdapat banyak rumah-rumah jenis lama. Memang ada beberapa buah rumah berhadapan Pantai Lido (Danga Bay) yang sudah lama ditinggalkan dan penuh dengan semak samun.
Jika difikirkan secara logik, sudah tentu rumah-rumah yang terbiar ini sudah lama ada pembelinya kerana mempunyai nilai hartanah yang cukup baik disebabkan lokasinya yang amat strategik. Tidak jauh dari Bandar Johor Bahru dan menghadap Pantai Lido (Danga Bay).
Secara peribadi, jika dikatakan Villa Nabila ini berhantu memang aku tak dapat nak nafikan. Ini kerana villa itu sudah lama ditinggalkan sejak sekian lamanya. Tempat-tempat yang kosong seperti ini biasanya menjadi tempat tinggal mahluk halus yang akan senantiasa mengganggu manusia.
 Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..
Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 – Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi  terperasan tak satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.
Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.

 

Sumber : villanabila.blogspot.com

MISTERI SEKUMPULAN MANUSIA GHAIB BERDEKATAN VILLA NABILA – DIJUMPAI DALAM KEADAAN DIRASUK  | Gempar di media sosial apabila sekumpulan 23 dari 30 orang telah ghaib di sekitar kawasan Villa Nabila. Sebelum ini, Villa terbabit dikaitkan dengan cerita misteri yang tidak berpenghujung.
Berita terkini.
Ramai yang melaporkan bahawa sekumpulan 23 dari 30 orang telah ‘ghaib’ di sekitar kawasan Villa Nabila di Johor Baharu.
Pihak polis,bomba dan penyelamat sedang menutup kawasan dan gerakan mencari giat dijalankan.
Wallahualam.
UPDATE TERKINI :

Dijumpai dalam keadaan dirasuk.. 22 org dah dijumpa..seorang je belum dijumpai..

Kecoh apabila 23 orang budak gagal keluar setelah memasuki Villa Nabila.
Kejadian lama berulang kembali, diantara 30 orang yang masuk  cuma 7 orang sahaja yang dapat keluar dari Villa Nabila sebuah banglo kosong yang telah lama ditinggalkan.

Update : Terkini dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan hanya tinggal seorang budak sahaja yang masih belum dijumpai. Ibu bapa kepada budak berkenaan sudah membuat laporan polis dan kerja mencari masih dijalankan.

Apa ada di Villa Nabila? Berikut adalah sedikit pencerahan yang diambil dari pageMisteri Villa Nabila di Johor Bahru :-

Villa Nabila
ini bukan lagu Spring Bourgenvilla tu. bukan Nabila Huda anak Amy Search. Villa Nabila merupakan sesebuah tempat yang disebut ramai di Johor Bahru. dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. agak scary jugak nama Villa Nabila ni. Villa Nabila terletak ditepi Pantai Lido Johor Bahru. juga berdekatan dengan istana sultan johor.

tiada sumber yang mengatakan siapakah Nabila dan keluarga beliau. tetapi kebanyakkan orang akan mengatakan cerita yang sama tentang Villa Nabila. mengikut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakn berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar untuk urusan kerja untuk beberapa hari.

dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau. Nabila juga adalah anak kesayangan dalam keluarga beliau. tetapi ada juga sumber lain yang mengatakan Nabila dibunuh oleh mak cik beliau kerana untuk merebut harta warisan ibu bapa Nabila. selain itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.

kini rumah tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar. ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar, ada yang sebaliknya tetapi di ganggu oleh makhlus halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.

apa pun cerita yang kita dengar tentang Villa Nabila itu mungkin terdapat kebenaran di sebaliknya. janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut janganlah buat perkara yang tidak elok dan datanglah dengan niat yang baik. kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut “berminat” dengan anda.

kredit : FB Misteri Villa Nabila di Johor Bahru.

————————-

Info terkini jam 6:30 petang :

Disini admin share beberapa gambar yang berlegar diforum dan fb page tempatan yang menunjukkan gambar budak-budak terlibat sebelum dan selepas kejadian misteri di Villa Nabila.

Satu lagi gambar disebelah kiri tu dikatakan profile fb salah sorang budak yang terlibat. Sejauh mana kebenarannya wallahualam.

Status terkini, daripada 30 orang, 22 sudah ditemui manakala pihak berkuasa masih mencari seorang lagi budak yang dikatakan telah hilang dan belum dijumpai sejak Sabtu lalu(sumber Bharian) yang mana ibubapanya sudah pun membuat laporan polis.

Setiap negara di dunia memiliki wanita dengan pesona dan kecantikannya masing-masing. Kajian 10 negara dengan wanita tercantik didunia telah dijalankan oleh majalah Traveller’s Digest Magazine.

Kajian dilakukan berdasarkan:

  • Kualiti wanita
  • Jumlah ratio perbandingan lelaki dan wanita
  • Kemesraan dan keramahan dalam berbincang dengan wanita

Berikut merupakan 10 negara dengan wanita tercantik di dunia :

Sweden

Berada di urutan pertama negara dengan wanita tercantik didunia, dapat dibuktikan dengan Super Model yang anda boleh temui di mana-mana, rata-ratanya memiliki ketinggian, rambut perang dan mata biru yang akan memikat hati anda. Ibu kota Sweden umpama syurga bagi wanita-wanita cantik. Disini, anda akan menemui wanita yang menawan dan memiliki aura sensual yang akan membuatkan mereka semakin menarik.

Argentina

Tidak dapat disangkal lagi negara di tangga ke dua terbaik didunia. 1/3 wanita di Buenos Aires adalah wanita yang seolah-olah telah dipersiapkan untuk menjadi model. Wanita di Argentina memiliki ciri khas iaitu tinggi, kecantikan yang menawan di mata, kesedaran berfesyen yang tinggi dan wanita yang memiliki budaya romantik.

Ukraine

Ditangga ketiga adalah Ukraine, negara dengan wanita paling dicari dalam dunia jodoh. Wanita dinegara ini berpakaian dengan baik walaupun seolah kain tak cukup. Cubalah ke Odessa, anda akan menemui wanita cantik di pantai-pantainya dan disepanjang jalan kota.

Russia

Merupakan negara dengan wanita terbaik yang anda temui. Keunikan wanita Rusia adalah mereka rata-ratanya tinggi, rambut perang, bermata biru dan sangat peramah. Kecantikan wanita Rusia mampu membuatkan rahang anda terbuka lebar ketika anda melihatnya.

Bulgaria

Merupakan negara dengan pantai-pantai yang indah, rumah penginapan ski, kota peradabaan di zaman pertengahan dan wanita-wanita yang sangat menawan. Salah satu ciri khas wanita Bulgaria adalah kulit pucat, rambut hitam dan mata berwarna biru atau hijau yang menawan.

Korea Selatan

Wanita-wanita di Korea memiliki keinginaan untuk sentiasa tampil cantik. Korea juga merupakan negara dengan kebudayaan yang sangat tinggi.

Colombia

Ada sesuatu yang dimiliki oleh wanita dinegara kolombia, iaitu kepercayaan diri dan kebanyakan wanita disana ingin menjadi model. Wanita-wanita cantik di negara ini boleh temui di jalan-jalan sepanjang kota. Cubalah ke Carribean Coast, anda mungkin tidak akan pulang ke negara anda!

Denmark

Merupakan negara dengan wanita perang dan bermata biru Vixen. Denmark telah melahirkan salah satu masyarakat paling liberal di dunia. Anda tidak akan mampu membayangkan bagaimana sesuatu tidak akan kelihatan buruk di Copenhagen. Copenhagen merupakan ibu kota Denmark yang berada di atas air.

India

Jika anda melawat ke daerah Kasmir Valley, Kerala, Punjab atau Kolkata, maka anda akan menemui ramai wanita cantik di India. India merupakan salah satu negara dengan keunikan kecantikan wanitanya yang tidak dimiliki negara lain. Salah satu contohnya adalah Aishwarya Rai yang merupakan wanita India yang pernah dinobatkan sebagai pemenang Miss World.

Kanada

Montreal merupakan ibu kota di Kanada dengan penduduknya yang ramah. Kanada juga merupakan rumah bagi universiti dan institusi pengajian tinggi. Wanita-wanita Kanada juga memiliki minat terhadap fesyen yang tinggi. Kanada merupakan negara dengan kebudayaan Multicultural.

 

Sumber : http://donnyien.com/

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.

Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!

Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.

Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!
Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.

Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.

Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.

Lagi gambar2 di bawah…

 

sumber : http://donnyien.com