Posts Tagged ‘berita’

Entry kali ni saya nak kongsi pula kejayaan my office dalam memperolehi Pengiktirafan Pejabat Tanpa Sampah baru2 ni oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Memandangkan my office berada di Sandakan, Sabah..so Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) adalah pihak yang memberikan pengiktirafan tersebut.

Idea mendapatkan status pejabat tanpa sampah ini datangnya apabila my office telah mendapat pensijilan EKSA pada bulan November 2015. Dipendekkan cerita..Pensijilan EKSA ini menjadikan usaha2 mendapatkan Status Pejabat Tanpa Sampah lebih mudah.

Pengiktirafan ini telah diberikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan sendiri iaitu Datuk Ir James Wong pada 18 Julai 2016. Usaha2 mendapatkan status Pejabat Tanpa Sampah ni bermula dgn pelancaran gotong-royong perdana yang kami adakan sebagai langkah awal untuk memaklumkan semua kakitangan bahawa pejabat ini serius dalam mendapatkan status pengiktirafan tersebut.

Penglibatan semua kakitangan adalah diwajibkan semasa gotong-royong tersebut diadakan. Semangat cintakan kebersihan diterapkan dalam program tersebut agar semua kakitangan dapat memberikan kerjasama dalam usaha ini. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti senamrobik bagi menaikkan mood diawal aktiviti agar menaikkan mood ceria sepanjang program berlangsung.

Penyediaan banner dan banting juga perlu dititikberatkan sebagai langkah promosi bagi aktiviti ini. Ianya bukan sahaja untuk makluman kakitangan malah untuk makluman orang awam yang berkunjung ke premis pejabat. Penyediaan banner dan banting ini juga adalah salah satu kreteria yang dinilai oleh MPS. Semasa program gotong-royong tersebut juga telah dibuat penyerahan tong sampah kepada semua bahagian dan unit dalam pejabat sebagai simbolik perasmian program gotong-royong dan seterusnya aktiviti memungut sampah beramai2 disekeliling kawasan pejabat. Sebagai bonus mereka yang hadir…telah dibuat cabutan nama bertuah sebagai tanda terima kasih atas kerjasama kakitangan yang sangat sporting dalam menjayakan program tersebut.

Setelah beberapa bulan berusaha dengan kempen bebas sampah dipejabat..maka tibalah hari2 yang dinanti iaitu Pengisytiharan Pejabat Tanpa Sampah oleh MPS. Majlis telah berlangsung secara sederhana memandangkan bajet yang terhad.

Menjadikan majlis tersebut lebih istimewa…my office membuat segmen lafaz ikrar pejabat bebas sampah yang disaksikan oleh Presiden MPS sendiri.

Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar atas kerjasama daripada semua kakitangan cemerlang yang bersungguh-sungguh dalam menaikkan imej pejabat.

Sekalung penghargaan buat Pn.Lily dan En.Mansor daripada MPS yang banyak memberikan kerjasama dan memberikan idea serta buah fikiran dalam menjayakan Kempen ini.

Advertisements

image

 

Mangsa ditemui mati terlentang dalam salah sebuah tandas di stesen minyak Batu Ferringhi.

BATU FERRINGHI – Penemuan mayat seorang lelaki mengungkai misteri sebuah tandas berkunci selama tiga hari di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Salah seorang kakitangan berkata, ia adalah kejadian pertama kali yang berlaku di situ sejak stesen berkenaan dibuka dua tahun lalu.

Menurutnya, salah seorang rakannya terhidu bau busuk dari dalam tandas berkenaan dan berasa tidak sedap hati.

“Lalu kami mengambil langkah memecahkan pintu tandas kerana ia terkunci dari dalam tandas.

“Rupa-rupanya ada mayat dalam tandas tersebut dan kelihatan sudah lama kerana mukanya seperti kebiru-biruan, kemudiannya kami menghubungi anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Kakitangan tersebut turut memaklumkan kerja pembersihan tandas dilakukan setiap hari tanpa gagal.

Namun ketika kerja pencucian hendak dilakukan, pekerja pembersihan mendapati salah satu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan menyangka ada orang yang sedang menggunakannya.

Tambahan pula, stesen berkenaan sememangnya menjadi tumpuan berikutan terletak berhampiran restoran makanan segera 24 jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa, Wong Nun Hwa, 42, dari Mount Erskine itu didapati mati akibat penyakit sawan.

Menurutnya, tiada unsur jenayah direkodkan dan mangsa hanya mati disebabkan serangan sawan berkenaan – Sinar Harian

 

Sumber : http://berita-harian.net

20130625-182729.jpg

Gempar! Lelaki Tergantung 12 Jam Di Batu Caves.
Entri petang ni mau share cerita dari negara kita pada bulan Januari yang lalu….Iaitu..Lelaki Tergantung 12 Jam Di Batu Caves.

Selayang: Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi semalam.

20130625-183051.jpg

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.

“Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang kelmarin.

“Kejadian tak disedari sesiapa dan mangsa dipercayai tergantung di tebing bukit itu lebih 12 jam sebelum ditemui orang ramai yang berada di kuil,” katanya.

Toyol Dicekup Jiran?

Posted: June 19, 2013 in Berita
Tags: , , ,

20130619-090904.jpg
KUALA TERENGGANU – Misteri kehilangan barang berharga di dalam kereta Proton Saga milik seorang warga emas akhirnya terjawab apabila tertangkapnya seorang lelaki yang juga merangkap jiran sekampung dalam satu kejadian di Kampung Kubang Badak, di sini, tengah hari semalam.

Yahya Abdullah, 78, berkata, dia menyangkakan sebelum ini, barang berharga termasuk wang tunai yang ditinggalkan di dalam kereta di hadapan rumahnya sering hilang adalah perbuatan toyol.

“Saya langsung tidak terfikir kereta ini diceroboh orang kerana tidak ada kesan mencurigakan, apatah lagi kereta ini diletakkan di hadapan rumah dalam keadaan berkunci.

“Disebabkan itulah, setiap kali saya menyedari barang berharga yang ditinggalkan di dalam kereta ini hilang, saya hanya berserah dan menganggap sudah tidak ada rezeki,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Menurut Yahya, semasa kejadian iaitu kira-kira jam 12 tengah hari, dia bersama isterinya, Aishah Long, 68, sedang bersembang di ruang dapur dan tiba-tiba dikejutkan suara riuh rendah jiran menjerit memberitahu ada pencuri yang sedang menceroboh masuk ke dalam keretanya.

“Terkejut dengan jeritan itu, saya terus berlari keluar dan ketika itu, saya lihat jiran yang juga anak saudara saya sedang memegang seseorang dikenali yang ditangkap di dalam kereta saya ketika sedang asyik mencari sesuatu,” katanya.

Katanya lagi, ‘si toyol’ itu memberi alasan ingin mencari rokok dan tidak ada niat untuk mencuri.

Bagaimanapun, bimbang perkara sama akan berulang lagi, Yahya mengambil keputusan menyerahkan ‘si toyol’ itu kepada pihak polis di Balai Polis Gong Badak, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima tangka­pan terbabit dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Sumber: Kosmo

terowong-jepun di kunak1

Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.

Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

terowong-jepun di kunak2

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui ”bekas landasan lokomotif” di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an ketika membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.

Sumber:lamankongsi.com

20130613-150039.jpg
Peniaga gerai menunjukkan lokasi dia menemui bayi di Medan Selera Yong Peng.
Budak dari Muar dilihat menangis bersendirian di Yong Peng

Muar: Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan dilarikan seorang lelaki lebih 100 kilometer dari rumah ibunya di Jalan Bakariah di sini, sebelum ditinggalkan di Medan Selera Yong Peng, kelmarin.
Bayi itu yang dilarikan kira-kira jam 10 pagi, ditemui dalam keadaan selamat pada jam 1.30 tengah hari di hadapan tandas medan selera itu oleh seorang peniaga wanita sebelum menyerahkan kepada polis.
Kami berusaha mengesan ibu bapanya sekitar kawasan ini tetapi tidak berhasil” Peniaga, Isi jawatan disini

Sebelum itu, seorang lelaki yang memandu PROTON Persona pergi ke rumah ibu mangsa sambil membawa kotak, kononnya mahu menghantar ikan yang dipesan bapa mentua wanita itu.

Bagaimanapun, ketika wanita itu menuju ke dapur, suspek menolak suri rumah berkenaan sebelum mengikat tangan dan menutup matanya.

Selepas itu, lelaki terbabit meninggalkan rumah sambil membawa bayi berkenaan.

Kira-kira tiga setengah jam selepas itu, bayi itu yang belum boleh berjalan, ditemui seorang peniaga wanita berusia 49 tahun selepas melihat dia bersendirian di hadapan tandas medan berkenaan.
Sangka ditinggalkan sementara

“Pada mulanya saya tidak mencurigai apa-apa kerana menyangka dia ditinggalkan ibu bapa untuk seketika kerana kebetulan semalam (kelmarin) orang ramai di sini kerana pasar petang.

“Kira-kira jam 2 petang, saya mendapati bayi itu masih berada di tempat sama sambil menangis dengan kuat.

“Kami berusaha mengesan ibu bapanya sekitar kawasan ini tetapi tidak berhasil. Saya bawa dia ke klinik untuk dibersihkan sebelum menghantarnya ke Balai Polis Yong Peng, kira-kira jam 4 petang,” katanya.

Kira-kira jam 7 malam hari yang sama, polis berjaya mengesan keluarga bayi itu dan memanggil mereka untuk mengambilnya.

Difahamkan, bayi itu dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan dan dilaporkan stabil.

Keluarga bayi itu enggan ditemubual ketika dikunjungi wakil media di rumah mereka.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar, mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan semula bayi itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Sumber diperolehi daripada: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayidiculikditemui100kmdarirumah/Article