Posts Tagged ‘bibir’

images (13)

Tengahari di bulan puasa ni…memandangkan tak keluar lunch..Blog Roms mau berkongsi sikit pasal petanda2 apabila beberapa bahagian pada tubuh kita ni bergerak. Terlintas mau kongsi entri pasal cerita ni sebab sejak beberapa hari ni…errmm…rasanya dah lebih dalam seminggu…kelopak mata sebelah kiri saya asyik bergerak. So, dirajinkan diri ini untuk mencari apakah maksud tersirat disebalik pergerakan tu sebab pernah dengar cerita-cerita orang yang ianya mempunyai maksud tertentu…

Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

Green_Eyes_by_catsastrofic

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI

Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.

2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.

4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.

8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.

10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.

2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.

Malam ni pula teringin berkongsi petua kepada semua pembaca Blog Roms yang tidak seberapa ni. Just mau kongsi2 cerita dan petua kepada anda semua. Petua dari Hujung Kaki Ke Hujung Rambut dan Dari Ceruk Dapur Ke Halaman Rumah! Jum kita kongsi petua2 berikut k. Selamat Mencuba. 🙂

20130620-195414.jpg
Petua Melunakkan Suara.

Cubalah salah satu atau kedua-dua petua di bawah ini untuk mendapatkan suara yang lunak.

1) Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

2) Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh gigi.Boleh lah test2 suara macam anuar zain or datuk CT! 🙂

20130620-195603.jpg
Petua Menghilangkan Bau Ketiak

Masalah ketiak berbau?
Cubalah mana-mana petua di bawah:

Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.

Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
Setiap kali mandi, gosok kedua ketiak di lutut.
Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.

Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.

Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.

Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.

20130620-195723.jpg
Petua Tercekik Tulang

Anda menghadapi situasi cemas tercekik tulang?
Jangan panik… cubalah salah satu petua di bawah:

1) Kepal2kan nasi dan terus telan.
2) Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.
3) Lagi satu,…kedengaran pelik tapi benar….ambil kucing kesayangan anda dan garu2kan tangannya ke leher anda…..hehehehehe….jgn sampai tercalar pula ya! Ni petua from my Mum Pn.Sara….hehehehehe…..berkesan la sangat! 🙂

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.

20130620-195841.jpg
Petua Solekan

Simpan gincu (lipstick) dalam peti ais. Keluarkan gincu ketika hendak digunakan dan gunakan seperti biasa. Warna gincu akan kelihatan lebih menarik dan tahan lebih lama.

Untuk mengekal gincu ketika pakai, sapu gincu di bibir sebanyak 2 kali. Selepas sapuan pertama, tekap atau cium pada kertas tisu. Kemudian buat sapuan kedua.

Untuk menampakkan gincu lebih berkilat dan menawan, oles lip glos dengan menggunakan jari. Taaadaaaaaa……chantik dah mcm Kak Ton!

20130620-195951.jpg
Petua Selsema

Selesema membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika anda menghidapi selesama, cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk mengatasi merawat selesema.

1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.

3) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

4) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.

20130620-200118.jpg
Petua Sembelit

Anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana petua sembelit di bawah.

1) Makan buah pisang atau betik selalu.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

20130620-200235.jpg
Petua Sakit Gigi

Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

20130620-200343.jpg
Petua Kilatkan Cermin

Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah.

1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat.

2) Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati.

20130620-200504.jpg
Petua Bisul

Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:

1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

20130620-200632.jpg
Petua Cirit-Birit

Rendam empat sudu makan daun teh di dalam segelas air panas sehingga kembang. Setelah itu minum air teh tersebut dua kali sehari sehingga cirit-birit sembuh.

20130620-200755.jpg
Petua Kulit Terkena Air Panas

Kulit anda terkena minyak/air panas?
Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah:

1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2. Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

20130620-200916.jpg
Petua Darah Tinggi

Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

– Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

– Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

– Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

– Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

– Makan biji buah Peria.

– Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

– Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

– Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

– Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.

20130620-201103.jpg
Petua Mengubati Gastrik

Dapatkan seketul kunyit hidup. Bersihkan kunyit dan parut atau kisar. Campurkan dengan sedikit air masak dan tapis ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan jika suka masukkan sebiji telur kuning. Minum campuran ini bila terasa sakit.

20130620-201140.jpg
Petua Gout

Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

20130620-201243.jpg
Petua Halau Semut

Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:

1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

20130620-201345.jpg
Petua Hilangkan Gigitan Nyamuk

Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.

20130620-201445.jpg
Petua Hilangkan Jeragat

Jeragat iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

Cubalah petua-petua di bawah ini untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 2:
Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

20130620-201555.jpg
Petua Putihkan Gigi

Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.

Amalakan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

20130620-201652.jpg
Petua Kurus

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAKMINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

DIARI PEMAKANAN

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

TABIAT BERBELANJA

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Klo rasa susah…order ja Alpha Lipid SD2 ngan saya k….murah2 je…..hehehehehe…..

20130620-201802.jpg
Petua Meningkatkan Penghadaman Makanan

Mungkin ada di kalangan kita sering mengalami masalah sakit perut atau sukar membuang air besar kerana makanan yang dimakan tidak khadam dengan sempurna. Cubalah amalkan petua di bawah ini untuk meningkatkan pengkhadaman.

1) Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.

2) Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.

3) Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.

4) Jangan disulami minum air ketika makan.

5) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukos, yogurt dan lain lain.

20130620-201856.jpg
Petua Tegangkan Perut Menggeleber

Ramai di kalangan kita terutama kaum wanita mengalami masalah kulit dibahagian perut berkedut atau mengeleber. Untuk mengatasi atau mengelak berlskunys masalah ini, ambil sesudu kecil jus limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul kesemua bahan ini hingga mesra dan sapu pada kesan-kesan mengeleber pada perut setiap hari ketika masuk tidur. Lihatlah perubahan pada perut anda dalam masa dua minggu. Habis satu bilik bau minyak kayu putih! 🙂

20130620-201948.jpg
Petua Perut Buncit

Perut anda buncit?
Ukuran badan anda mungkin ok tapi bahagian perut membonjol ke depan. Nak bergaya pon susah. Cubalah petua ni:

Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya.

Minum air kosong (bukan air berperisa) sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Lebih banyak lebih bagus.

Selamat Mencuba! 🙂 Cayo! Aja2 Faiting!