Posts Tagged ‘Johor Bahru’

Gambar Puting Beliung Di Johor Bahru 18 Disember 2013

Gambar puting beliung di JB Johor Bahru pada 18 Disember 2013. Dilaman sosial, kecoh apabila beberapa pengguna telah merakamkan fenomena puting beliung yang melanda dibeberapa kawasan sekitar Johor Bahru kira-kira jam 6.30 petang. Menerusi imej yang dirakam, terpapar seolah-olah puting beliung sedang berlegar di ruang angkasa dan tidak mencecah tanah. Foto tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian umum khususnya dilaman sosial. Apapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan akibat fenomena tersebut.

(Kemaskini) Punca Fenomena Di Johor Bahru 18 Disember 2013

Fenomena puting beliung yang terjadi di Johor Bahru turut dikenali sebagai belalai air (waterspout). Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika. Fenomena ini amat biasa berlaku di Malaysia. Ia biasanya berlaku di kawasan perairan disebabkan kumules awan yang besar. Belalai air juga tidak akan sampai ke darat atau mencecah tanah. Ia memerlukan kelembapan yang tinggi. Oleh sebab itu, ia biasanya akan bermula dan mati di kawasan perairan. Namun, belalai air juga mampu mencederakan orang ramai jika mendekatinya.

Gambar Puting Beliung (Belalai Air) Di Johor Bahru 18 Disember 2013

puting-beliung-4

puting beliung 2 puting beliung 3 puting beliung

puting beliung 7 puting beliung 8 puting beliung 10 puting beliung 11 puting beliung 12 puting beliung9 putingbeliung3

Video Puting Beliung (Belalai Air) Di Johor Bahru 18 Disember 2013

 

Sumber: Gambar Puting Beliung Di Johor Bahru 18 Disember 2013 | melvister.com

Advertisements

SAYA TIDAK PERCAYA MEREKA DISOROKKAN MAKHLUK HALUS DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)

 

Sumber daripada : http://www.mazidulakmal.com/2013/11/saya-tidak-percaya-mereka-disorokkan.html

Jika ingin menghasilkan laporan lebih tepat, molek jika wartawan atau pelapor media sosial berada di lokasi, bukan hanya sekadar meraih maklumat tidak sahih melalui laman sosial.

Saya tiba di Johor Bahru, Johor kira-kira pada jam 7 malam semalam dan bertemu  wartawan, Zulhazri Abu Bakar. Dalam perjalanan untuk makan malam di Restoran Banafe, kami melihat orang ramai masih berkumpul di luar Villa Nabila.
Mereka berhimpun di lokasi itu berikutan dakwaan kononnya 23 remaja dilaporkan hilang di Villa terbabit sejak malam Ahad lalu. Berita itu disensasikan oleh beberapa laman web, termasuk blog kumpulan paranormal, BUKAN Penyingkap Fakta.
Saya dan Zulhazri berpegang kepada prinsip sama. Berita BERKREDIBILITI itu wajib disahkan oleh pihak berkuasa, dalam kes ini polis. Maklumat disiarkan di blog ini dalam entri terdahulu disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Abd.Samad Salleh, bukan berbentuk hearsay, khabar angin.
Sewaktu bertemu beberapa kenalan di ibu negeri Johor itu, Zulhazri menerima panggilan daripada sumber awam.
“Jom, remaja hilang itu telah dijumpai di Flat Desa Mutiara (Johor Bahru), ” ajak sahabat saya.
Lalu kami bergegas ke balai terdekat dengan kawasan penempatan itu, Balai Polis Bandar Dato’ Onn.
Saya dan Zulhazri berdiri di luar balai dan merakamkan gambar dua remaja tidak kami ketahui identiti mereka.
Kami percaya, kenyataan Izzat sedang dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat di dalam pejabat di bahagian belakang balai.
“Selepas ini mereka mungkin akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Central,” bisik Zulhazri.
Maklumat disalurkan oleh orang awam mengatakan,  Izzat dan 2 rakannya dibawa ke balai ini dari flat. Jadi tidak tersasar sewaktu kami menjangkakan, dua remaja terbabit, kenalan Izzat. Pada jam 2.33 pagi, tiga remaja terbabit dibawa keluar menggunakan laluan belakang balai. Sebagai wartawan, kami tidak berniat untuk merakamkan kenyataan Pegawai Penyiasat atau pegawai lain di situ kerana difahamkan sidang akhar akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini.
Tanpa berlengah kami kemudian bergerak ke IPD Central dan menunggu kenderaan sama memasuki kawasan terbabit.
Lama kami berdua duduk di atas simen lalu pejalan kaki di depan IPD itu.
Namun dimaklumkan, 3 remaja terbabit masih belum tiba kerana berada di Larkin.
“Cawangan Narkotik sekarang di sana, dulu di sini,” ujar Zulhazri.
Tiba-tiba saya telihat kelibat pasangan lelaki dan wanita sedang duduk di kerusi di dalam balai.
Sebaik dia memandag ke arah saya, hati tergerak untuk memanggilnya keluar dari balai itu. Saya dan Zulhazri berjabat tangan dengannya. Mujur dia mengenali saya dan berasa amat selesa berbual.
Abu Hashim Mohd Zain, 48 tahun, berasal dari Sik, Kedah tetapi menetap di Taman Ehsan Jaya.
“Saya tengah menunggu anak perempuan saya. Empat orang polis datang ke rumah dan memaklumkan berita, anak saya, 15 tahun, dijumpai di Flat Desa Mutiara sekali dengan Izzat dan rakan seorang lagi itu. Sebelum itu ibu Izzat menghubungi saya dan meminta saya membuat laporan polis. Namun saya memaklumkan dia, sejak pagi Sabtu lalu, saya kerap berhubung dengan rakan anak perempuan tunggal saya itu menggunakan nombor telefon bimbit dia. Pagi tadipun saya masih berhubung lagi. Jam 9.30 malam tadi saya memang hendak membuat laporan polis,” ujar pemandu lori itu.
Zulhazri pantas merakamkan kenyataannya untuk disiarkan di berita TV9, In Sha Allah, pada tengahari ini.
“Apabila anak encik Hashim hilang dan berlaku kekecohan kononnya 23 remaja tidak ditemui di Villa Nabila, adakah encik percaya dia disembunyikan oleh makhluk halus?,” soal saya.

“Mereka pergi beramai-ramai. Saya juga telah pergi ke Villa Nabila semalam. Memang tidak ada apapun di sana. Musykil juga kalau pergi ramai, mustahil seorang sahaja hilang. Jadi saya memang tidak percaya, tidak yakin langsung dia disembunyikan oleh makhluk halus. Bukan hendak bercakap besar tidak, tetapi kalau melihatkan keadaan di dalam Villa Nabila, In Sha Allah, saya berani tidur seorang diri di situ. Malang, bila berita kononnya 23 remaja hilang di villa itu disebarkan di internet, suasana menjadi kelam-kabut sekaligus menyusahkan banyak pihak. Jadi nasihat saya, berhentilah menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial,” balasnya yakin.
“Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik. Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan barangkali termasuk anak encik sekali. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai,” kata saya.
Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.
“Apapun, kita tunggu sahaja perincian lebih tepat akan disahkan oleh pihak polis akan dikongsikan bersama semua media cetak dan elektronik,” sampuk Zulhazri.
Akhrinya kami difahamkan, anak perempuan Abu Hashim, teman wanita Izzat.
Kira-kira jam 3.48 pagi, kenderaan membawa 3 remaja terbabit dipandu laju, masuk ke IPD Central.

 

Villa Nabilla

Jum…kita tengok dulu mcm mana keadaan dalam Villa Nabila ni….

ok..nak share tentang cerita villa nabila ni yang hangat dikatakan sejak beberapa hari ni berikutan orang hilang yang tidak dijumpai….hanya beberapa orang saja yang berjaya  keluar dari villa tu…so nak cerita skit tntg haunted banglo kat strait view (dpn danga bay)sbnarnya bnyk version cite ni..so x thula mne 1 yg btul @ yg palsu. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya.aku pon jdi pelik kenapa tempat tu jadik famous sangat dengan cerita misteri.
Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie.Menurut cerita apa yang aku tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yang orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada  yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.
Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak.Tpi blom smpat lgi nk terjah ksana.
Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila.
Memang aku perasan di kawasan perumahan elit itu terdapat banyak rumah-rumah jenis lama. Memang ada beberapa buah rumah berhadapan Pantai Lido (Danga Bay) yang sudah lama ditinggalkan dan penuh dengan semak samun.
Jika difikirkan secara logik, sudah tentu rumah-rumah yang terbiar ini sudah lama ada pembelinya kerana mempunyai nilai hartanah yang cukup baik disebabkan lokasinya yang amat strategik. Tidak jauh dari Bandar Johor Bahru dan menghadap Pantai Lido (Danga Bay).
Secara peribadi, jika dikatakan Villa Nabila ini berhantu memang aku tak dapat nak nafikan. Ini kerana villa itu sudah lama ditinggalkan sejak sekian lamanya. Tempat-tempat yang kosong seperti ini biasanya menjadi tempat tinggal mahluk halus yang akan senantiasa mengganggu manusia.
 Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..
Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 – Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi  terperasan tak satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.
Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.

 

Sumber : villanabila.blogspot.com

ne_02.1

KUALA LUMPUR – Polis semalam menyerbu tujuh lokasi dipercayai menjadi tempat persembunyian Halimah Hussein selepas dia disyaki menganggotai aktiviti kumpulan pengganas. Serbuan pada pukul 7 pagi itu dilakukan serentak melibatkan empat buah lokasi di Selangor iaitu dua di Kajang, Gombak, Ampang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur (Pandan Indah), Negeri Sembilan (Senawang) dan Johor Bahru (Masai). Satu sumber berkata, operasi serentak selama sejam yang dilakukan oleh Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bagaimanapun tidak menemui janda berusia 52 tahun yang juga rakan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, 49. “Kesemua lokasi yang diserbu merupakan kediaman milik ahli keluarga Halimah. “Kita percaya, wanita itu masih bersembunyi di dalam negara,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam. Halimah yang disyaki menganggotai kumpulan Tandzim Al-Qaeda Malaysia diburu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas. Jika sabit kesalahan Halimah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau seumur hidup atau denda. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2WXRQmywU

Hakcipta terpelihara

sumber: KOSMO-ONLINE