Posts Tagged ‘kucing persia’

neo

 

Tips Menjaga Kucing Parsi

Untuk mendapatkan kucing Persia terbaik Anda harus mengetahui beberapa informasi dasar sebelum membeli salah satunya.

Berikut adalah tips membeli kucing Persia yang dapat Anda jadikan sebagai panduan dasar:

1. Ketahui informasi perihal berbagai jenis peranakan kucing Persia.

Setiap jenis peranakan memiliki sifat berbeda yang berkaitan dengan perilaku, jenis perawatan, kondisi kesehatan, dan berbagai faktor lain.

Memastikan semua informasi ini amat penting agar Anda dapat memilih kucing Persia yang paling sesuai.

2. Pilih warna bulu yang paling Anda sukai. Kucing Persia memiliki berbagai jenis warna bulu.

Kucing Persia juga memiliki berbagai bentuk wajah. Dua yang paling dikenal adalah bentuk wajah doll (boneka) atau bentuk  flat (rata) yang lebih tradisional.

3. Cari informasi tambahan perihal kucing Persia dan cara perawatannya di klub pecinta kucing Persia atau melalui internet.

4. Cari peternak atau toko hewan peliharaan yang memiliki jenis kucing Persia yang Anda disukai.

Kunjungi mereka untuk melihat-lihat sekaligus mengajukan pertanyaan.

5. Sebelum membeli, periksa secara sesama kondisi fisik kucing Persia pilihan Anda.

Pastikan tidak ada kelainan fisik atau masalah kesehatan yang serius.

6. Cari informasi mengenai cara merawat kucing Persia.

Bulu kucing Persia yang tebal dan panjang tentu memerlukan perawatan tersendiri agar tetap terlihat sehat dan indah.

Dapatkan tips dari penjual atau dari internet tentang cara merawat kucing Persia yang benar.

Jika memungkinkan, minta penjual untuk mendemonstrasikan cara menyisir bulu, membersihkan wajah, membersihkan bekas air mata, dan perawatan lain.

7. Jika memungkinkan, dapatkan segala catatan atau riwayat kucing Persia dari penjual yang meliputi catatan vaksinasi, sertifikat, dan surat-surat lain.

8. Mintalah nomor telepon dari penjual sehingga Anda dapat menghubunginya setiap saat jika memerlukan bantuan.

Tips Tambahan

Sedapat mungkin beli kucing Persia hanya dari penjual bersertifikat. Hindari membeli kucing Persia berharga murah.

Harga yang terlalu murah merupakan salah satu indikasi kucing tersebut bukan merupakan peranakan dari galur murni.[]

IMG_1145new

Antara breed kucing yang popular di negara kita adalah kucing Parsi atau Persian. Kucing ini merupakan peliharaan yang sangat istimewa. Bahagian mukanya ke dalam membuatkannya kelihatan sangat comel, dilengkapi dengan bulu panjang yang lembut beralun. Namun begitu, disebabkan dua perkara inilah juga kucing Parsi memerlukan penjagaan khas daripada pemiliknya.

Menjaga Bulu Kucing Parsi

Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut. Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari.

Ini kerana bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.

Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya.

Menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.

Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya.

Memandikan Kucing Parsi

Kucing Parsi juga perlu dimandikan tetapi tidak perlulah sehingga tiap-tiap hari. Bergantung kepada keadaan, sekadar 3-4 hari sekali atau seminggu sekali pun sudah cukup. Ini adalah untuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat, bersih dan lembut terutamanya jika kucing anda berbulu putih.

Kebersihan Muka dan Telinga

Mata dan hidung kucing Parsi cenderung untuk menghasilkan sisa lebih dari kadar biasa berbanding kucing lain. Ini adalah kerana bentuk fizikal bahagian kepala kucing Parsi itu sendiri. Anda perlu mengawasi dan membersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain lembab.

Periksa juga bahagian dalam telinga jika ada lapisan yang berminyak. Lapisan berminyak itu adalah untuk memerangkap kotoran dan jika dibiarkan, kotoran dan habuk itu akan menjadi keras dan merimaskan kucing itu sendiri. Bersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas lembab.

Kucing Parsi Sesuai Sebagai Kucing Indoor

Selain itu, adalah baik untuk anda jadikan kucing Parsi anda sebagai kucing indoor. Ini disebabkan perwatakan kucing Parsi adalah lembut dan tidak suka bergaduh, dan mungkin akan dibuli oleh kucing-kucing lain di sekitar rumah. Malah bulunya juga amat mudah kotor dan memerangkap kotoran dan habuk jika anda membiarkannya di luar.

Namun begitu, untuk menjadikan kucing anda sebagai indoor, anda perlu memastikan kucing Parsi anda mempunyai banyak permainan, masa yang anda luangkan bersamanya, teman kucing yang lain dan tempat untuknya mencakar. Jika anda dapat menawarkan ini semua maka kucing Parsi anda akan menjadi kucing indoor yang gembira.

Anda juga mungkin perlu menyediakan tempatnya untuk berjemur. Kucing Parsi gemar berbaring di bawah sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi. Meletakkan rak atau meja di tepi tingkap tertutup (lutsinar) pun sudah mencukupi untuknya bersantai di bawah cahaya matahari. Gunakanlah kreativiti anda untuk membolehkannya berjemur tanpa melepaskannya keluar dari rumah.

Berikan Kasih Sayang

Bukan sahaja kepada kucing Parsi malah apa sahaja jenis kucing yang anda miliki itu perlulah di beri kasih sayang dan perhatian yang cukup. Kucing Parsi adalah sangat rapat dengan tuannya dan akan tertekan jika anda tidak dapat meluangkan masa kepadanya. Kasih sayang yang anda berikan kepadanya pasti akan dibalas berganda-ganda.