Posts Tagged ‘news’

Entry kali ni saya nak kongsi pula kejayaan my office dalam memperolehi Pengiktirafan Pejabat Tanpa Sampah baru2 ni oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Memandangkan my office berada di Sandakan, Sabah..so Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) adalah pihak yang memberikan pengiktirafan tersebut.

Idea mendapatkan status pejabat tanpa sampah ini datangnya apabila my office telah mendapat pensijilan EKSA pada bulan November 2015. Dipendekkan cerita..Pensijilan EKSA ini menjadikan usaha2 mendapatkan Status Pejabat Tanpa Sampah lebih mudah.

Pengiktirafan ini telah diberikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan sendiri iaitu Datuk Ir James Wong pada 18 Julai 2016. Usaha2 mendapatkan status Pejabat Tanpa Sampah ni bermula dgn pelancaran gotong-royong perdana yang kami adakan sebagai langkah awal untuk memaklumkan semua kakitangan bahawa pejabat ini serius dalam mendapatkan status pengiktirafan tersebut.

Penglibatan semua kakitangan adalah diwajibkan semasa gotong-royong tersebut diadakan. Semangat cintakan kebersihan diterapkan dalam program tersebut agar semua kakitangan dapat memberikan kerjasama dalam usaha ini. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti senamrobik bagi menaikkan mood diawal aktiviti agar menaikkan mood ceria sepanjang program berlangsung.

Penyediaan banner dan banting juga perlu dititikberatkan sebagai langkah promosi bagi aktiviti ini. Ianya bukan sahaja untuk makluman kakitangan malah untuk makluman orang awam yang berkunjung ke premis pejabat. Penyediaan banner dan banting ini juga adalah salah satu kreteria yang dinilai oleh MPS. Semasa program gotong-royong tersebut juga telah dibuat penyerahan tong sampah kepada semua bahagian dan unit dalam pejabat sebagai simbolik perasmian program gotong-royong dan seterusnya aktiviti memungut sampah beramai2 disekeliling kawasan pejabat. Sebagai bonus mereka yang hadir…telah dibuat cabutan nama bertuah sebagai tanda terima kasih atas kerjasama kakitangan yang sangat sporting dalam menjayakan program tersebut.

Setelah beberapa bulan berusaha dengan kempen bebas sampah dipejabat..maka tibalah hari2 yang dinanti iaitu Pengisytiharan Pejabat Tanpa Sampah oleh MPS. Majlis telah berlangsung secara sederhana memandangkan bajet yang terhad.

Menjadikan majlis tersebut lebih istimewa…my office membuat segmen lafaz ikrar pejabat bebas sampah yang disaksikan oleh Presiden MPS sendiri.

Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar atas kerjasama daripada semua kakitangan cemerlang yang bersungguh-sungguh dalam menaikkan imej pejabat.

Sekalung penghargaan buat Pn.Lily dan En.Mansor daripada MPS yang banyak memberikan kerjasama dan memberikan idea serta buah fikiran dalam menjayakan Kempen ini.

Advertisements

Malam ni teringin berkongsi dengan pembaca Blog Roms tentang perihal pembedahan plastik yang keterlaluan. Mungkin mereka terlalu obses dengan kecantikan diri sehinggakan kecantikan yang mereka rasa cantik telah bertukar menjadi igauan ngeri orang lain. Bukan sedikit perbelanjaan yang perlu diperuntukkan untuk melakukan pembedahan plastik ni. Ianya memerlukan modal yang besar dan ianya tidak hanya dilakukan untuk sekali pembedahan sahaja…ianya diikuti dengan pembedahan susulan dan kos maintanance juga perlu diambil kira.

So, dipendekkan cerita….saya mau share beberapa wajah2 individu yang telah melakukan pembedahan plastik yang keterlaluan….

20130617-230148.jpg

20130617-230226.jpg

20130617-230337.jpg

20130617-230356.jpg

20130617-230419.jpg

20130617-230446.jpg

20130617-230507.jpg

20130617-230528.jpg

Rasanya…ada tak yang berkenan dihati…..hehehe….renung2kan dan selamat beramal! Peace yow! 🙂

du_02.1

 

BANDAR RAYA MEXICO – Beribu-ribu penunjuk perasaan menunggang basikal dalam keadaan berbogel di sekitar jalan-jalan utama di sini kelmarin.

Tindakan tersebut dilakukan bagi memprotes sikap buruk pemandu kenderaan bermotor terhadap penunggang basikal.

Diadakan pada setiap tahun, acara antarabangsa itu berlangsung di sini buat kali kelapan.

Ia merupakan sebahagian daripada acara Menunggang Basikal Berbogel Sedunia (WNBR) yang diadakan di 29 buah bandar di seluruh dunia sejak 2004.

Acara tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan semasa berbasikal.

Mereka berbasikal tanpa seurat benang untuk menunjukkan kerapuhan tubuh manusia.

Selain itu, acara kontroversi itu turut bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap isu alam sekitar dengan menggalakkan mereka basikal berbanding memandu kereta.

Gerakan WNBR bermula pada 12 Jun 2004 di Vancouver, Kanada. – Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2WTr35k5o
Hakcipta terpelihara

SUMBER : KOSMO ONLINE

20130616-120017.jpg
Seram! Sembilan Mayat Ditemui Tergantung!

Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan

Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.

Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat.

Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini.Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo.

Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan.Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico.

20130616-120153.jpg
Warga kota Uruapan, Negara Bahagian Michoachan, Mexico pada awal pagi waktu tempatan dikejutkan dengan sebuah pemandangan mengerikan. Tujuh mayat lelaki dengan luka tembak di kepala, didudukkan di kerusi plastik di sebuah taman di kota itu. Selain didudukkan di kerusi plastik, di tubuh ketujuh mayat lelaki yang disyaki berusia antara 15-40 tahun itu dilekatkan kertas dengan tulisan: “Peringatan! Ini akan menimpa para pencuri, penculik, pemerkosa dan pemeras ugut,” demikian tulisan tersebut. Polis tempatan kini masih menyelidiki kes tersebut dan belum dapat menyiasat motif di sebalik pembunuhan sadis itu.- AP

Waspada Ketika Marah!

Posted: June 14, 2013 in Info
Tags: , , , ,

20130614-093650.jpg
Anda termasuk orang yang pemarah? Berwaspadalah! Dalam satu kajian oleh ahli psikologi menyatakan ketika marah boleh menyebabkan saraf otak terganggu kerana apabila seseorang naik marah, sekurang-kurangnya 500 sel syarat otak akan mati.

“Jadi sangat istimewa seseorang yang boleh menahan diri,” kata Ustaz Kuncoro

Ustaz Kuncoro berpendapat jika dalam satu hari seseorang marah sering marah, maka beribu-ribu sel otaknya akan mati. Selain itu, Ustaz Kuncoro menyebut tenaga yang diperlukan apabila seseorang marah lebih besar berbanding ketika berjalan.

“Maka tidak hairan orang yang sedang marah-marah membuat nafasnya tersengal-sengal,” ujar Ustaz Kuncoro.
Sumber republika.co.id

20130614-092927.jpg

Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuahbongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.

20130614-093101.jpg

Akan tetapi, orangtuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus Sperma yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.
Faktanya, muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.

Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika . Dengan jumlah yang sangat besar itu, Charlie bisa menjadi jutawan cilik mendadak, hanya kerana kebetulan menemui muntahan ikan paus sperma tersebut.

Sumber: Lamankongsi.com