Posts Tagged ‘Quran’

Salji Turun Di Mesir 13 Disember 2013 Bukan Tanda Kiamat

Berita salji turun di Mesir pada 13 Disember 2013 bukan petanda kiamat. Terkini, dunia digemparkan dengan fenomena Kaherah, Mesir dihujani salji pada jumaat 13 Disember 2013 yang lalu. Ramai mendakwa bahawa salji jatuh di bumi mesir merupakan salah satu petanda kiamat dan dunia kini sudah hampir mengakhiri zaman. Namun bagi rakyat mesir, kejadian fenomena salji merupakan satu rahmat bagi mereka. Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin terpanggil untuk memberikan penerangan bahawa kejadian turun salji dimesir bukanlah satu petanda kiamat. Ini berikutan salah faham mengenai salah satu hadis dalam Al-Quran yang disalah tafsir.

mesir 2

Antara Hadis Al-Quran Disalah Tafsir

“Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai”

Penjelasan Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

bekas mufti

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat. Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai”.

Sebenarnya perkataan ‘Tanah Arab’ itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika. Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat. Oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis.

Gambar Salji Turun Di Mesir 13 Disember 2013

mesir 3mesir 4 mesir 5 mesir 6 mesir

Sumber: Salji Turun Di Mesir 13 Disember 2013 Bukan Tanda Kiamat | melvister.com

Advertisements

Rahsia Lawan Arah Jam

Posted: June 19, 2013 in Info
Tags: , , ,

Menurut pakar metafizik, pergerakan yang berlawanan dengan arah jam akan menghasilkan TENAGA POSITIF, dan begitulah sebaliknya. Jika kita perhatikan setiap kejadian Allah S.W.T, semuanya bergerak berlawanan arah jam.

images (2)

1. Ka’abah – Dalam Islam, seseorang yang akan melakukan tawaf perlu bergerak dari kanan ke kiri ke kiri sebanyak 7 kali. Kenapa? kerana itulah fitrah alam (semula jadi). Kenapa 7 kali? Kerana itulah pilihan Allah S.W.T. Begitu banyak kejadian di alam ini berkait dengan angka 7, contohnya seperti penciptaan Langit sebanyak 7 lapis, bumi 7 lapis juga neraka 7 tingkat (nauzubillah)

images (3)

2. Setiap planet termasuklah bulan mergerak mengikut orbitnya (laluannya), adalah mengikut lawan arah jam.

biology5.1

3. Di dalam badan kita terdapat Sitoplasma (cairan dalam sel) mengelilingi sel (ruang-ruang kecil yg dipisahkan oleh suatu dinding) adalah bergerak berlawanan dengan arah jam.

images

4. Puting beliung juga berpusar mengikut lawan arah jam.

images (4)

5. Jika kita perasan, pertandingan olahraga juga bermula dari arah kanan ke kiri, juga berlawanan dengan arah jam. Mengapa?. kerana itulah fitrah alam. Jika mereka bermula pada petak permulaan mengikut arah jam, pasti catatan masa yang diperoleh tidak sebaik pergerakan berlawanan arah jam. Tak percaya?. Cubalah tanya sendiri kat Usain Bolt. :)

images (1)

6. Sewaktu membaca al-Quran, semestinya kita perlu membacanya dari kanan ke kiri, juga berlawanan dengan arah jam. Begitu juga tulisan jawi.. Kenapa? Admin pun tak tahu, tapi cuba anda baca al-Quran semasa anda berada dalam kereta yang bergerak, mesti kepala anda tak pening berbanding tulisan yang bermula dari kiri ke kanan yang mengikut lawan arah jam. Pastinya akan pening kepala.

images (5)

7. Yang ni tak berapa ilmiah sikit. Kalau anda suka baca komik Jepun, pasti anda perasan cara susunannya juga berlawanan dengan arah jam. Mungkin orang Jepun juga sudah lama mengetahui kebaikan pergerakan yang berlawanan dengan arah jam?

 

Sumber: Blog Ammar