UPDATE BERITA ORANG HILANG DI KAWASAN VILLA NABILA – 22 ORANG DIJUMPAI DALAM KEADAAN DIRASUK

Posted: November 19, 2013 in Berita, Foto
Tags: , , , , , , , , , ,

MISTERI SEKUMPULAN MANUSIA GHAIB BERDEKATAN VILLA NABILA – DIJUMPAI DALAM KEADAAN DIRASUK  | Gempar di media sosial apabila sekumpulan 23 dari 30 orang telah ghaib di sekitar kawasan Villa Nabila. Sebelum ini, Villa terbabit dikaitkan dengan cerita misteri yang tidak berpenghujung.
Berita terkini.
Ramai yang melaporkan bahawa sekumpulan 23 dari 30 orang telah ‘ghaib’ di sekitar kawasan Villa Nabila di Johor Baharu.
Pihak polis,bomba dan penyelamat sedang menutup kawasan dan gerakan mencari giat dijalankan.
Wallahualam.
UPDATE TERKINI :

Dijumpai dalam keadaan dirasuk.. 22 org dah dijumpa..seorang je belum dijumpai..

Kecoh apabila 23 orang budak gagal keluar setelah memasuki Villa Nabila.
Kejadian lama berulang kembali, diantara 30 orang yang masuk  cuma 7 orang sahaja yang dapat keluar dari Villa Nabila sebuah banglo kosong yang telah lama ditinggalkan.

Update : Terkini dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan hanya tinggal seorang budak sahaja yang masih belum dijumpai. Ibu bapa kepada budak berkenaan sudah membuat laporan polis dan kerja mencari masih dijalankan.

Apa ada di Villa Nabila? Berikut adalah sedikit pencerahan yang diambil dari pageMisteri Villa Nabila di Johor Bahru :-

Villa Nabila
ini bukan lagu Spring Bourgenvilla tu. bukan Nabila Huda anak Amy Search. Villa Nabila merupakan sesebuah tempat yang disebut ramai di Johor Bahru. dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. agak scary jugak nama Villa Nabila ni. Villa Nabila terletak ditepi Pantai Lido Johor Bahru. juga berdekatan dengan istana sultan johor.

tiada sumber yang mengatakan siapakah Nabila dan keluarga beliau. tetapi kebanyakkan orang akan mengatakan cerita yang sama tentang Villa Nabila. mengikut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakn berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar untuk urusan kerja untuk beberapa hari.

dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau. Nabila juga adalah anak kesayangan dalam keluarga beliau. tetapi ada juga sumber lain yang mengatakan Nabila dibunuh oleh mak cik beliau kerana untuk merebut harta warisan ibu bapa Nabila. selain itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.

kini rumah tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar. ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar, ada yang sebaliknya tetapi di ganggu oleh makhlus halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.

apa pun cerita yang kita dengar tentang Villa Nabila itu mungkin terdapat kebenaran di sebaliknya. janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut janganlah buat perkara yang tidak elok dan datanglah dengan niat yang baik. kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut “berminat” dengan anda.

kredit : FB Misteri Villa Nabila di Johor Bahru.

————————-

Info terkini jam 6:30 petang :

Disini admin share beberapa gambar yang berlegar diforum dan fb page tempatan yang menunjukkan gambar budak-budak terlibat sebelum dan selepas kejadian misteri di Villa Nabila.

Satu lagi gambar disebelah kiri tu dikatakan profile fb salah sorang budak yang terlibat. Sejauh mana kebenarannya wallahualam.

Status terkini, daripada 30 orang, 22 sudah ditemui manakala pihak berkuasa masih mencari seorang lagi budak yang dikatakan telah hilang dan belum dijumpai sejak Sabtu lalu(sumber Bharian) yang mana ibubapanya sudah pun membuat laporan polis.

Leave a comment