Archive for the ‘Roms’ Category

Time weekend ni kita rajin skit nak buat Sabun Homemade sendiri atas request customer Rom’s Hillfiger.. So, bahan2 semua dah ada kita buat untuk beberapa biji. Semua tahukan khasiat Bijirin Oat dan Madu untuk Kulit kita. Bahan2 semulajadi ni memang baik untuk kesihatan Kulit kita.

So, bagi yang bernina nak dapatkan Sabun Oat & Honey Glow by Roms Hillfiger tu boleh lah inbox kita ya..

Perkongsian gambar2 yg berlegar dlm aplikasi watsap menunjukkan banyak barangan dan pakaian di Shopping Complex Berkulapuk setelah hampir 2 bulan tidak dibuka untuk dikunjungi oleh orang ramai akibat penularan Wabak Covid19.

Dalam perjalanan balik tadi kita jumpa kedai tepi jalan jual Kerang atau Dalus dalam bahasa tempatan bangsa Brunei.. Dah lama cari.. Kebetulan tinggal satu bungkus saja.. Harga RM10 sebungkus. Bolehlah utk 3 atau 4 org makan.. Alhamdulillah dapat juga beli.. So, nak di jadikan cerita.. Balik rumah kita masak halia saja.. Ringkas dan mudah.

Resepi Hari ni nak buat Masakan Rebung Manis Masak Lemak yang sangat Mudah dan sangat praktik. Saya share klipnya…

Ni pula saya share Resepi Nasi Briyani dan Kari Ayam Ala Abg Rom’s…

Nak cari idea juadah kuih Muih untuk Berbuka.. Ni saya share beberapa juadah kuih Muih yang saya sendiri hasilkan. Moga bermanfaat…

Rajin bukan kepalang semasa kuarantin kat rumah atau stay at home pada bukan Ramadan kali ni. Memandangkan byk kedai tutup… So, kita masak sendiri je utk family kat rumah. Kat sini saya share menu yg saya masak sendiri untuk idea nak masak apa Hari ni nanti… Moga bermanfaat.

Terpanggil juga nak share video masakan berbuka puasa yang mudah tapi menyelerakan. Nak pegi restoran kedai mamak nak makan martabak sekarang ni payah skit nak gerak musim PKP ni. So, kita buat sendiri jelah kat rumah ikut resepi tekak kita nak makan. Martabak Ayam ni mudah saja tidak memerlukan kemahiran atau skill menebar roti canai..hanya menggunakan kulit popia saja. Intinya pula ikut suka kita je nak bungkus kat dalam. Janji sedap coz sendiri nak makan. So, saya share idea nak buat Martabak Ayam Kulit Popia ni semoga bermanfaat.

 

 

Sejak beberapah hari ni rajin sikit nak upload video masakan kat youtube. Kali ni menu masakan menggunakan Ikan Ketambak. Balik rumah terus siang ikan dan sediakan bahan2 yang nak digunakan. Tekak teringin nak makan ikan goreng 3 rasa. So, video diatas saya share resepi mudah yang digunakan untuk menyediakan Ikan Ketambak 3 Rasa Ala Abg Roms.. Memang Sedap!!!