Salji Turun Di Mesir 13 Disember 2013 Bukan Tanda Kiamat

Posted: December 19, 2013 in Berita, Info
Tags: , , , , , , , , , ,

Salji Turun Di Mesir 13 Disember 2013 Bukan Tanda Kiamat

Berita salji turun di Mesir pada 13 Disember 2013 bukan petanda kiamat. Terkini, dunia digemparkan dengan fenomena Kaherah, Mesir dihujani salji pada jumaat 13 Disember 2013 yang lalu. Ramai mendakwa bahawa salji jatuh di bumi mesir merupakan salah satu petanda kiamat dan dunia kini sudah hampir mengakhiri zaman. Namun bagi rakyat mesir, kejadian fenomena salji merupakan satu rahmat bagi mereka. Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin terpanggil untuk memberikan penerangan bahawa kejadian turun salji dimesir bukanlah satu petanda kiamat. Ini berikutan salah faham mengenai salah satu hadis dalam Al-Quran yang disalah tafsir.

mesir 2

Antara Hadis Al-Quran Disalah Tafsir

“Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai”

Penjelasan Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

bekas mufti

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat. Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai”.

Sebenarnya perkataan ‘Tanah Arab’ itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika. Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat. Oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis.

Gambar Salji Turun Di Mesir 13 Disember 2013

mesir 3mesir 4 mesir 5 mesir 6 mesir

Sumber: Salji Turun Di Mesir 13 Disember 2013 Bukan Tanda Kiamat | melvister.com

Leave a comment