Cara Mudah Dapatkan Bibit SERAI

Posted: September 8, 2016 in Info, Roms
Tags: , , , , , , , , , , ,

Disini Blog Roms nak share sikit info bagaimana dak dapatkan bibit SERAI. Akak2 yang rajin masak kat dapur tu mesti tahu sangat khasiat dan kepentingan SERAI kat dapur masing2 kan.

Info ni saya dapat daripada Bloger dan saya cuba praktikkan sendiri sama ada cara tersebut berkesan atau tidak. So, ni kira nak kongsi eksperimen yang telah saya lakukan lah ni.

Caranya memang amat mudah. Kalau akak2 beli serai kat pasar tu dan sewaktu nak masak kat dapur..pastikan bontot serai tu jangan dibuang. Disanalah kita guna semula utk dapatkan bibit serai yang baru.

Potong bontot serai dan jangan dibuang. Selepas tu cari bekas tray telur. Kat dapur akak2 pasti ada tray telurkan coz telur juga benda wajib ada kat dapur.

So, sediakan tray telur tadi dan basahkan dengan air. Kemudian letak bontot serai ke dalam tray telur tadi dan simpan. Basahkan setiap hari. Beberapa hari kemudian..akan keluar tunas daun serai beserta akar sekali. Selepas itu bolehlah ditanam.

Kira eksperimen ni berjaya jugalah. Selamat mencuba dan selamat berbakti kepada tanah.

Leave a comment