Archive for June 10, 2013

oldest-prostitute-1

 

Chantek tak? Heheheheee…

oldest-prostitute-2

 

oldest-prostitute-3

 

Millie Cooper

Hehehe rindukan lembu cisdel? kami baru sahaj pulang dari percutian yang agak menyeronokkan. Untuk update berkenaan percutian itu nantikan di post akan datang.. Kali ini kami ingin berkongsi tentang apa yang orang lain dari seluruh dunia makan. Satu perkongsian yang sangat menarik.

Poland

poland

 

 

 

 

The Sobczynscy family of Konstancin-Jeziorna

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 582.48 Zlotys atau $151.27 USD
Makanan Kegemaran: Pig’s knuckles with carrots, celery and parsnips

2) Egypt

image0031

 

The Ahmed family of Cairo

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 387.85 Egyptian Pounds atau $68.53 USD
Makanan Kegemaran: Kacang bendi dengan daging kambing

3) Ecuador

image0041

 

The Ayme family of Tingo

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: $31.55 USD
Makanan Kegemaran: Sup kentang campur kobis

4) United State

image0051

 

The Caven family of California

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: $159.18 USD
Makanan Kegemaran: beef stew, berry yogurt sundae, clam chowder, ice cream

5) United State

us

 

The Revis family of North Carolina

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: $341.98 USD
Makanan Kegemaran: spaghetti, potatoes, sesame chicken

6) Mongolia

mongolia

 

The Batsuuri family of Ulaanbaatar

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 41,985.85 togrogs or $40.02 USD
Makanan Kegemaran: Mutton dumplings

7) Great Britain

britain

 

The Bainton family of Cllingbourne Ducis

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 155.54 British Pounds atau $253.15 USD
Makanan Kegemaran: avocado, mayonnaise sandwich, prawn cocktail, chocolate fudge cake with cream

8) Bhutan

bhutan

 

The Namgay family of Shingkhey Village

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 224.93 ngultrum or $5.03 USD
Makanan Kegemaran: Mushroom, cheese and pork

9) Jerman

german

The Melander family of Bargteheide

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 375.39 Euros or $500.07 USD

10) Jepun

jepun

The Ukita family of Kodaira City

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 37,699 Yen or $317.25 USD

11) Itali

itali

 

The Manzo family of Sicily

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 214.36 Euros or $260.11 USD
Makanan Kegemaran: fish, pasta with ragu, hot dogs, frozen fish sticks

12) Chad

chad

 

The Aboubakar family of Breidjing Camp

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 685 CFA Francs or $1.23 USD
Makanan Kegemaran: soup with fresh sheep meat
Info tambahan: ini di kem pelarian Chad kalau tak silap aku

13) Kuwait

kuwait

 

The Al Haggan family of Kuwait City

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 63.63 dinar or $221.45 USD
Makanan Kegemaran: Beriyani Ayam dengan nasi basmathi

14) Mexico

maxico

 

The Casales family of Cuernavaca

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 1,862.78 Mexican Pesos or $189.09 USD
Makanan Kegemaran: pizza, crab, pasta, chicken

15) China

china

 

The Dong family of Beijing

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: 1,233.76 Yuan or $155.06 USD
Makanan Kegemaran: fried shredded pork with sweet and sour sauce

16) Lembu Cisdel

lembu

 

Hahahahahaaa…..

makanan lembu cisdel

Perbelanjaan makanan untuk seminggu: percuma.. sebab aku yang kena tanggung dia
Makanan Kegemaran: rumput segar.. tapi kadang-kadang ayam goreng dengan bento pon dia balun

korang plak suka makan apa? dan berapa anggaran perbelanjaan mingguan untuk makanan? hoho

sumber: email daripada blogger.. jika anda email menarik atau idea2 yang bernas, sila emailkan kepada saya.. saya akan jadikan ia lebih cisdel.. hohoho

Masalah-Mengawal-Air-Kencing

TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).

Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka – malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.

Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.

Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.

Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas. Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.

Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.


Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia).

Jangkitan Salur Kencing Wanita

“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.

“Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.

“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil,” katanya selepas pelancaran sejenis pil bagi melegakan OAB keluaran GlaxosmithKline (GSK) yang dikenali Vesicare (Solifenacin succinate), baru-baru ini.

Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju.

“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya.

Jelas Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi perubatan.

“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu,” katanya.

Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.

Fakta: Faktor risiko OAB

# Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
# Strok
# Kecederaan saraf tunjang
# Dementia
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Pembedahan prostat
# Hamil kembar

INFO: Tip tangani OAB

# Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
# Jauhi minuman kafein.
# Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
# Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
# Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
# Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
# Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
# Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
# Kekalkan berat badan yang ideal.

January 26

BETAPA PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK KESIHATAN KITA…

Ingin ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

“Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik,” kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei.

Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita ‘berpuasa’ semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.

Berat badan dan mood

Siew Wei berkata, memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.

“Tidak menghairankan, jika diberi sarapan yang kaya dalam karbohidrat yang kompleks seperti roti jagung, minuman bijirin penuh dan sarapan bijirin penuh, akan meningkatkan paras glukos otak,” kata beliau.

Makan untuk turunkan berat badan mungkin satu konsep yang paradoks kepada sesetengah orang. Namun begitu, kajian telah membuktikan bahawa makan sarapan pagi membantu membendung selera anda untuk hari berkenaan di samping mempertingkatkan metabolisme . Ini sudah pasti membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan.

Siew Wei berkata, peningkatan metabolisme bermula dengan pembakaran maksimum jumlah kalori untuk menjana aktiviti anda.

Adakah anda seorang penggemar karbohidrat yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan? Sarapan pagi adalah masa terbaik untuk mengambil karbohidrat memandangkan anda mempunyai masa sepanjang hari untuk membakar dan menggunakannya sebagai tenaga untuk badan dan otak untuk bekerja. tetapi, pastikan untuk memilih bijian penuh yang tinggi serat.

Pengambilan karbohidrat waktu pagi adalah ‘lesen’ untuk anda tanpa menjejaskan usaha menguruskan badan.

Siew Wei berkata, mereka yang meninggalkan sarapan pagi juga dilihat cenderung memilih makanan yang mengandungi tinggi kalori pada waktu makan berikutnya. Untuk jangka panjang, ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik.

“Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

“Hasilnya mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi setiap hari adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan,” kata beliau.

breakfast

Rutin pagi

Satu lagi kajian oleh Universiti Texas, El Paso di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mengambil sarapan pagi boleh meningkatkan pengeluaran leptin, sejenis hormon yang menyekat selera.

Bagaimanapun kajian Nutrisi Dewasa Malaysia (2003) menunjukkan bahawa satu daripada 10 orang dewasa Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.

Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.

Alasannya? Daripada 11,371 pelajar sekolah rendah, 45 peratus berkata, mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana tidak mempunyai masa, 22.2 peratus tidak lapar manakala 17.6 peratus tidak berselera.

“Tiada selera atau tiada masa untuk sarapan pagi adalah sama dengan ‘saya tidak mempunyai masa untuk bersenam’ sebagai alasan,” kata Siew Wei.

“Jika anda mahu membiasakan semula diri untuk bersarapan pagi tetapi ‘tiada selera’ menjadi halangan, mulakan dengan sesuatu yang sedikit dan senang untuk disediakan dan tumpukan perhatian untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin pagi,” katanya.

Tiada istilah lambat untuk sarapan pagi! Sarapan pagi ditafsirkan sebagai hidangan pertama pada hari anda yang perlu diambil dalam tempoh satu jam selepas bangun daripada tidur.

“Jadi, walaupun anda bangun hampir waktu makan tengah hari, makanlah sesuatu. Ia masih dianggap sarapan pagi,” kata Siew Wei.

Sesetengah kita mungkin memilih untuk menunggu waktu makan tengah hari dan mengambil kedua-duanya sekali. Siew Wei menasihatkan agar ini tidak dilakukan.

“Sarapan pagi adalah permulaan pengambilan makanan selepas ‘berpuasa’ waktu tidur, jadi sekiranya anda bangun lewat, jangan tunggu untuk hidangan makanan selepasnya. Makan dulu sesuatu.

“Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan,” katanya. – Bernama

MAKANAN YANG MEMBUATKAN KITA JADI PELUPA.

 

Petang ni nak share pasal makanan yang membuatkan kita jadi pelupa…hehehehe….mari kita elakkan makanan2 ini k. Jum…baca!

Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.

 

Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.

 

Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)

 

Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.

 

 

 

MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA

 

1. Banyak makan epal yang sudah masam.

 

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

 

3. Banyak makan bawang besar.

 

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

 

5. Memakan kepala ikan.

 

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

 

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

 

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

 

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

 

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

 

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

 

Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.

 

Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal!