Archive for June 11, 2013

Perumahan-tapah2

Gambar Hiasan Semata-mata. 🙂

Perumahan awam dijangka dilaksana di Sabah tahun depan

11/06/2013 6:36pm

KOTA KINABALU – Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dijangka dilaksanakan di Sabah tahun depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti tapak untuk

pembinaan projek perumahaan itu.

“Saya difahamkan ada tanah di Tuaran. Sebaik sahaja soal tanah diselesaikan, kita boleh bergerak dengan cepat untuk membangunkannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Sabah di sini.

Beliau berkata, pembinaan 1,000 rumah dalam bentuk kondominium seperti di Putrajaya tidak mustahil dilaksanakan di Sabah memandangkan negeri ini mempunyai tanah yang luas.

Sementara itu, Ali meminta penjawat awam supaya memainkan peranan dalam mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan, terutama golongan miskin tegar. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2VxGjqUN7
Hakcipta terpelihara

Review After Earth

Posted: June 11, 2013 in Hiburan, Roms

after-earth-0a

Pagi ni nak cerita skit pasal cerita After Earth ni! Semalam selepas jumpa cust Elken terus sambung tengok wayang ni ngan member2. Best juga jalan ceritanya walau pun kelihatan pelakonnya mcm 2 orang ja yang beraksi…hehehe…Filem gandingan anak beranak…Jaden Smith dengan his father Will Smith. Sesiapa yang masih belum tengok filem ni bagus pi tengok. Rasanya ada dalam seminggu dah filem ni berada di pawagam…tapi baru semalam sempat tengok selepas member bagi tau ada wayang baru dah kuar.

IMG-20130611-WA0019

Rupanya dah berada di pawagam sejak 6 Jun 2013 lagi. Time tengok ni dah 11 Jun…tertinggal beberapa hari. Biasanya kalau ada wayang baru terus tengok coz tak boleh biar lama2 nanti cerita jadi basi…heheheee…

Camera 360

Hehehehe…ni lah dia geng2 yang bawa tengok wayang semalam. Tengok kat Megaloong je coz dekat je ngan rumah.

IMG-20130611-WA0020

Thanks to my bestfriend juga merangkap Xhouse mate dulu  Mohmad a.k.a matt luke…nama fisbuknya..hehehe…coz dia belikan tiket ni awal2…kitorang datang lambat skit..dia belikan dulu coz takut seat penuh….hehehehe…. Lepas habis tengok wayang pi makan jap….hehehee..my wife tak masak coz penat dari program sekolah. Apa pun…pi lah tengok filem ni! Best…saya bagi 3 1/2 bintang! 🙂

 

20130611-231233.jpg
Sekadar Gambar Hiasan.

Ombak besar landa pantai Pulau Pinang

GEORGETOWN: Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.
“Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

“Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini,” katanya.

Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.

“Ikan-ikan kecil terutamanya akan berenang tidak menentu dan akan terperangkap di benteng di Padang Kota Lama. Selain boleh berkumpul dengan kawan sambil memancing dapat pula tangkap banyak ikan dan tak perlu beli lagi,” katanya. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11

Filipina rancang serah Jamalul?

Posted: June 11, 2013 in Berita

20130611-225320.jpg

Malam ni Blog Roms mau share tentang satu artikel dari Harian Metro yang menarik perhatian saya. sama2 kita kongsi ya…. 🙂

Filipina rancang serah Jamalul

Manila: Kesultanan Sulu semalam mendedahkan rancangan Istana Malacanang agar Jamalul Kiram III, keluarganya di bandar raya Taguig dan penyokong diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia. Mereka juga bakal berdepan pertuduhan cuba menawan Lahad Datu di Sabah oleh kira-kira 200 anggota Pasukan Keselamatan Diraja kesultanan itu (RSF) Mac lalu.

Bercakap kepada wartawan di kediaman Jamalul Kiram III, jurucakap kesultanan itu, Abraham Idjirani berkata, dia menerima maklumat daripada sumber “yang boleh dipercayai” dalam Malacanang bahawa Presiden Filipina, Benigno Aquino berhasrat untuk menyerahkan Jamalul, keluarga dan penyokongnya kepada Malaysia walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara itu. “Kami mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Malacanang mahu menyerahkan Kiram dan penyokongnya di Taguig kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan Jamalul, Jacel menambah bahawa tindakan Malacanang itu dibuat ekoran penemuan mengejutkan daripada siasatan dilakukan Biro Penyiasatan Nasional (NBI) mengenai pendaratan RSF di Sabah. “NBI pada mulanya berkata, mereka ke Sabah atas inisiatif sendiri. Kemudian NBI menyarankan agar dakwaan difailkan terhadap Jamalul kerana berkonspirasi agar penyokongnya ke Malaysia,” katanya. Jacel turut menyuarakan kemusykilan bagaimana dia, bapanya, saudara-mara, dan penyokong mereka hendak diekstradisi ke Malaysia berdasarkan penemuan NBI yang menyatakan keluarga dan penyokongnya berkonspirasi mencetuskan peperangan dengan Malaysia.

“Jika kamu mahu diekstradisi ke Malaysia kamu perlu melakukan jenayah di negara itu. Tetapi kami membuat tuntutan secara sah dari segi sejarah,” katanya. – Philippine Star

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/10

Bukti Si Tanggang Pernah Wujud!

Posted: June 11, 2013 in Berita, Info

Picture114566

BATU Malin Kundang berbentuk manusia di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat menarik ribuan pelancong setiap tahun.

KISAH seorang lelaki disumpah menjadi batu oleh ibunya begitu popular dalam masyarakat Melayu Nusantara. Di Malaysia, lelaki itu dikenali sebagai Si Tanggang manakala dia dipanggil Malin Kundang di Indonesia dan Nakhoda Manis di Brunei.

Menurut mitosnya, Si Tanggang ialah seorang pemuda miskin yang merantau mengikut sebuah kapal bagi mencari kekayaan.

Malangnya, selepas kaya dia berubah menjadi sombong dan langsung tidak menjenguk ibunya walaupun semasa kapalnya berlabuh di kampung ibunya.

Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke kapal tersebut untuk mencari Si Tanggang telah dihalau oleh anaknya itu.

Si Tanggang yang telah memperisterikan seorang wanita cantik dikatakan berbuat begitu kerana malu mempunyai ibu yang miskin. Disebabkan kecewa, si ibu telah menyumpah Si Tanggang menjadi batu.

Apa yang menarik, batu yang didakwa sebagai Si Tanggang itu boleh ditemui di sebuah gua di Batu Caves, Selangor. Batu berbentuk manusia juga ada terdampar di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera, Indonesia manakala di Brunei, ia terletak di tepi laut Jong Batu.

Darah Si Tanggang

Gua Gelap di Batu Caves dikatakan menjadi tempat mengalirnya darah Si Tanggang.

“Anda dapat melihat sendiri seakan-akan darah mengalir di celah batu dan lantai gua ini. Adunan air dan batu berwarna merah seperti menguatkan mitos Si Tanggang.

“Kesan ini wujud sejak gua ini ditemui pada tahun 1889,” ujar warden Gua Gelap, Batu Caves, Hadrian Sanie, 42, sambil menunjukkan batu berwarna merah seperti darah beku manusia.

Hadrian telah bekerja sebagai pemandu pelancong Gua Gelap sejak lima tahun lalu. Kisah Si Tanggang itu diceritakan dari mulut ke mulut sejak dahulu lagi.

“Ramai juga pelancong yang memasuki gua bertanyakan perkara yang sama. Malah mereka takut untuk memegang air dan batu tersebut,” kata Handrian.

Tetapi terdapat penjelasan tentang perkara itu mengikut ilmu geologi.

ru_03.3

 

Percikan darah Si Tanggang dikatakan boleh ditemui di dalam Gua Gelap di Batu Caves dekat Kuala Lumpur.Ramlah memberitahu, kisah Si Tanggang hanya diceritakan secara lisan dan mungkin perjalanan ceritanya berbeza kerana ada penambahan daripada versi asal.

“Ia kemudian dimasukkan unsur komersial seperti magis bagi mencantikkan lagi cerita.

“Lagipun versi kisah Si Tanggang di ketiga-tiga negara ini hampir sama. Ini agak pelik. Bagaimana seorang individu atau satu kejadian boleh berlaku di tiga lokasi?” katanya.

Ujar Ramlah, persamaan versi kisah Si Tanggang ialah perjalanan ceritanya banyak berkisar mengenai laut atau sungai, aktiviti perniagaan dan perkampungan nelayan, selain cerita derhaka si anak kepada si ibu.

Bukti saintifik

Ramlah turut menyebut, konsep pembalasan dosa dalam Islam bukan di akhirat sahaja tetapi juga di dunia seperti yang cuba digambarkan dalam kisah Si Tanggang.

Bagi pakar geologi, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, kebenaran kisah Si Tanggang boleh dibuktikan dengan melakukan ujian saintifik ke atas batu berbentuk manusia yang didakwa sebagai kesan sumpahan lelaki itu.

“Para pengkaji sejarah boleh menguji batu-batuan di ketiga-tiga lokasi bagi menentukan usianya.

“Selepas itu, kita bandingkan usia batu itu dengan usia cerita lisan yang diceritakan dari mulut ke mulut sejak berzaman lalu itu,” terang Ali.

Katanya, dari sudut geologi, pembentukan batu-batuan yang menyerupai manusia dan kapal bukan perkara mustahil.

“Walaupun tidak seratus-peratus tepat, proses hakisan yang disebabkan faktor semula jadi seperti angin dan air boleh membentuk objek seperti manusia, haiwan atau benda tertentu.

“Kadangkala manusia sendiri mungkin menambah dan mengukir batu-batu tersebut supaya menyamai rupa manusia,” katanya.

ru_03.2

 

GUA Gelap tempat Si Tanggang dan kapalnya disumpah menjadi batu.

Profesor Mohd. Shafeea Leman, 53, Ketua Kumpulan Teras Warisan Geologi Malaysia (KWGM) mempunyai jawapannya.

“Proses semula jadi di gua itu sendiri mengakibatkan fenomena itu berlaku. Aliran air yang mengandungi besi oksida menyebabkan batu itu berwarna oren.

“Kemudian oksigen menukarkan pula batu itu kepada warna merah. Ia bukan darah tetapi kesan perubahan kimia batu itu,” ujarnya.

Di Pantai Air Manis pula, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kota Padang, Sumatera, terdapat batu Si Tanggang dan kesan kapalnya. Batu itu kelihatan seperti seseorang sedang meniarap di celah-celah serpihan kapal yang pecah.

Batu yang dikatakan telah dibentuk semula itu kini masih menjadi tarikan pelancongan di situ.

Menurut pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, kisah Si Tanggang amat dekat dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Katanya, kisah Si Tanggang itu mungkin benar berikutan penemuan batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

“Malangnya, tiada dokumen rasmi yang mengesahkan kejadian itu walaupun pada masa itu tamadun manusia sudah berkembang.

“Dengan adanya cerita mengenai kapal dan perdagangan yang melibatkan Si Tanggang menunjukkan ketamadunan manusia telah berkembang di nusantara ketika itu,” katanya kepada Jurnal.

Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

Wanita Pontianak

Posted: June 11, 2013 in Berita

20130611-113546.jpg
JULIA bersama Alexi dan Donald

Wilkes Barre (AS): Seorang ibu dua anak mendedahkan dia minum darah manusia dengan ‘gaya pontianak,’ kadang kala sehingga dua liter sebulan.

Julia Caples, 45, menghisap darah daripada penderma sukarela sejak lebih 30 tahun lalu.

Dia bertemu rakan peminat pontianak di satu majlis tempatan, tempat dia mengelar mereka dengan pisau ala zaman jahiliah sebelum menghisap darah mereka.

Julia percaya dengan berbuat demikian dia akan kekal muda dan bertenaga, seperti penghisap darah dalam filem seperti Twilight.

Bagaimanapun, dia berusaha menjauhkan minat peliknya itu daripada anaknya, Alexi, 11. Anak perempuannya, Ariel, 24, bencikan ketaksuban Julia dan mendesaknya supaya berhenti.

Wanita itu yang berasal dari Wilkes Barre, Pennsylvania, Amerika Syarikat berkata: “Apabila menghisap dan minum darah seseorang, saya berasa muda dan lebih sihat. Saya tahu secara saintifik, darah tidak mengandungi zat. “Bagaimanapun, mungkin ada khasiat lain yang kita belum temui. Saya berasa diri saya lebih cantik setiap kali minum darah. Saya juga amat sihat, tidak menghadapi masalah kesihatan dan sentiasa bertenaga. Ada ketikanya saya minum lebih dua liter sebulan.” Minat Julia pada darah bermula sejak dia masih muda, ketika bercium kali pertama semasa berusia belasan tahun.

“Saya terdorong untuk menggigit kekasih saya ketika kami bercium. Hasrat itu datang tiba-tiba dan saya sukakan rasanya. Saya tidak dapat menjelaskannya dengan kata-kata dan minat itu tidak pernah berhenti. Dan kekasih saya itu tidak pernah mencium saya lagi.” katanya.

Bagaimanapun, Julia tidak minum darah sebegitu kerap sehingga menemui Donald, 49, lelaki yang kini bekas suaminya.

Mereka berkahwin dalam majlis yang bertemakan pontianak pada Oktober 2000 dan minum darah satu sama lain untuk meraikan upacara itu.

Pasangan itu menjadi sebahagian daripada budaya peminat pontianak yang mengunjungi kelab malam dan minum darah satu sama lain.

Tetapi apabila pasangan itu mempunyai anak, Alexi, Donald berikrar untuk tidak lagi minum darah.

Donald berkata: “Saya berhenti tetapi Julia tidak perlu berbuat demikian kerana kami bersetuju seorang daripada kami perlu berhenti dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

“Julia masih berminat untuk minum, tetapi dia juga ibu yang baik dan memberi keutamaan kepada anak. Dia tidak membiarkan minatnya itu menyekatnya menjadi ibu.” Meskipun wanita itu berusaha merahsiakan gaya hidupnya daripada Alexi, kanak-kanak itu sudah mula mengesyaki tabiat ibunya.

Alexi berkata: “Kami mempunyai pelbagai hiasan, seperti keranda dan anak patung di rumah. Saya mula berfikir dia ialah pontianak. Anak perempuannya, Ariel pula berkata: “Saya dapat merasakan dia terdedah dengan banyak masalah kesihatan. Saya bimbang dia akan dijangkiti penyakit daripada seseorang menerusi darah.” Julia yang menulis dalam blognya mengenai pontianak dengan mengguna nama Lady DarkRose berkata, dia sedar bahaya yang dihadapinya. “Tetapi semua penderma diuji sebelum saya minum darah mereka. Saya berkenalan dengan beberapa penderma menerusi Internet. Tetapi saya pasti akan menemui mereka terlebih dulu. Mereka perlu menjalani ujian darah untuk memastikan mereka tidak menghidap AIDS atau HIV,” katanya. – Daily Mail

(Sumber dikongsi daripada :Harian Metro)

Mantera Ragut Dara!

Posted: June 11, 2013 in Berita

Oleh Hadzlan Hassan, Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Ahmad Isyafiq Mad Desa – Harian Metro

Klang: Bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.

Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran saya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.

20130611-112831.jpg
NURUL dakwa dijampi lelaki pertengahan usia.

“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya…. 🙂

Black Mentor Terkena Buatan Orang?

Posted: June 11, 2013 in Hiburan

image

 

SHAH ALAM – Penyanyi terkenal, Black Mentor yang selama ini menyimpan kisah peribadi termasuk hal pertunangannya mengakui ikatan yang dijalin hampir terputus kerana buatan orang.

Ujarnya, dugaan itu datang sebulan selepas dia mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang dikenali dengan nama Cira Khairi.

Ketika itu katanya, perasaan bercampur-baur mula menyelubungi diri masing-masing. Waktu itu, pergaduhan dan pertikaman lidah mudah saja tercetus, walaupun dek kesilapan kecil. Sumber – Harian Metro

Kacukan Manusia Dengan Kucing

Posted: June 11, 2013 in Foto

cat_beards_01

 

cat_beards_03

 

cat_beards_04

 

cat_beards_08

 

cat_beards_10

 

cat_beards_16 (1)

 

cat_beards_13

 

cat_beards_17

 

cat_beards_21

 

cat_beards_20

 

cat_beards_23

 

Neo

 

My Cat Name NEO! 🙂

Haiwan Yang Jarang Ditemui..

Posted: June 11, 2013 in Foto, Info

Cyphonia clavata

 

cyphonia clavata

Irrawaddy dolphin

 

Irrawaddy dolphin

 

Lamprey

lamprey

 

lamprey 1

 

Markhor

markhor

 

markhor 1

 

Naked mole rat

naked mole rat

 

Patagonian mara

patagonian mara

 

Raccoon dog

raccoon dog

 

Snud-nosed monkey

snud-nosed monkey

 

Southern red muntjac

southern red muntjac

 

Star-nosed mole

star-nosed mole

 

The fossa

the fossa 1

 

The dhole

the dhole

 

The babirusa

the babirusa

 

The amazonian royal flycatcher

the amazonian royal flycatcher

 

Sunda colugo

sunda colugo

 

The maned Wolf

The maned Wolf

 

The gerenuk

the gerenuk 1

 

Zebra duiker

zebra duiker

 

Yeti crab

yeti crab