Seram! Sembilan Mayat Ditemui Tergantung!

Posted: June 16, 2013 in Berita
Tags: , , , , , , ,

20130616-120017.jpg
Seram! Sembilan Mayat Ditemui Tergantung!

Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan

Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.

Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat.

Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini.Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo.

Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan.Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico.

20130616-120153.jpg
Warga kota Uruapan, Negara Bahagian Michoachan, Mexico pada awal pagi waktu tempatan dikejutkan dengan sebuah pemandangan mengerikan. Tujuh mayat lelaki dengan luka tembak di kepala, didudukkan di kerusi plastik di sebuah taman di kota itu. Selain didudukkan di kerusi plastik, di tubuh ketujuh mayat lelaki yang disyaki berusia antara 15-40 tahun itu dilekatkan kertas dengan tulisan: “Peringatan! Ini akan menimpa para pencuri, penculik, pemerkosa dan pemeras ugut,” demikian tulisan tersebut. Polis tempatan kini masih menyelidiki kes tersebut dan belum dapat menyiasat motif di sebalik pembunuhan sadis itu.- AP

Leave a comment